CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6338|Reply: 13

Ip? camner nak baca..

[Copy link]
Post time 14-5-2004 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Taka faham lah pasal IP nii..

ade orang kata cthnya :

202.144.155

202. tu ade maksud..

144 tu ade maksud

and 155 tu pun ade maksudnya yg tersendiri.


camner nak detect.. sebab saje jek nak tau coz firewall ade detect NetBios Browsing?  Erk:cf: apa tu?

Ni belum nak tanya pasal fixed dan tak fixed IP lagik... sape ade mase bleh explain?:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2004 11:53 PM | Show all posts
address ip 4 bytes ==> 32bit  (utk IPv4 lah .. ipv6 tanya maui)

bit adalah digit untuk sistem binari .

binari ni macam kira satu sampai 10 gak .. cuma  ada 2 jari je bleh guna .. kalau kat skolah kira guna 10 jari kan ..

jadi
0 => 0
1 => 1
2 => 10  
3 => 11
4 => 100
... dan seterusnya ..

kalau 8 bit ... kita bleh kira dari 0 sampai 255

bayangkan kalau nak hafal address IP tu dengan 32 angka 0 ngan 1 ..
jadi
lepas peluh ketiak pikir .. dapat idea .... apa kata kalau bahagi 32bit tu kepada 4 block 8bit .. pehtu .. utk bezakan antara block ..  kita letak titik .. dan utk mudahkan pembacaan ..kita convert 8 bit tu jadi nombor  yang biasa kita nampak


maka terhasil lah nombor IP yang u nampak skarang
contonya ip address

202.144.155.179 tu sebenarnya utk mewakili alamat  11001010100100001001101110110011.

yang maksud tu plak ..  bergantung kepada netmask ..  
biasanya maksud yang tersirat adalah .. kat network mana komputer beraddress oip tu ada .. sbb engineer ni semua dah pikir .. baik kasi teratur alamat tu .. kalau  idak.. pening satgi ..

yang control ip address ni IANA atau IETF (tak ingat dah)
diorang yang kasi ip address mana kat sapa ..
utk senang idup
depa pecahkan ip addres tu kepada block
contohnya .. diorang kasi semua address 18.0.0.0 - 18.255.255.255 kat MIT ..

OrgName:    Massachusetts Institute of Technology
OrgID:      MIT-2
Address:    Room W92-190
Address:    77 Massachusetts Avenue
City:       Cambridge
StateProv:  MA
PostalCode: 02139-4307
Country:    US

NetRange:   18.0.0.0 - 18.255.255.255


pastu address 202.144.155.179 tu Bhutan Telecom yang punya
inetnum:      202.144.128.0 - 202.144.159.255
netname:      BTTELECOM
descr:        DrukNet, Bhutan Telecom



jadi ...
biler u dah biasa nga nip address ni

org akan tengok memula .. yang nombor pertama ..
kalau nombor tu kurang dari 127(kalau tak silap) .. dia agak network tu class A ..
semua address x.*.*.* tu milik sorang sahaja ..
pastu kalau address tu plak start dengan nombor antara 128 ngan 191 .. tu class B
class b plak ..
ada 256 org yang ada ip yang start dengan nombor antara 128/191
utk tahu sapa punya ip class b .. org tengok nombor kedua ..
jadi .. utk address x.y.*.* ... ada sorang jelah yang punya

seterusnya dengan class C .. iaitu ip address tu start dengan nombor antara 192 /223 ..
kena tengok 3 nombor baru bleh tahu tu sapa punya ..

kalau ip address tu start dengan nombor > 223 .. maka tu address ip spesel .. utk streaming and multicast , broadcast biasanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2004 11:55 PM | Show all posts
berbalik kepada problem asal u ..

kalau u bukan network administrator .. u takleh nak buat apa pun .. kalau firewall u dah cakap ada netbios browsing and dia block .. ok lah tu .. syukur je lah :bgrin:

tapi kalau dia tak block .. then u kena block lah .. ataupun disablekan kat properties dial up u .. disable microsoft network client . .
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2004 12:10 AM | Show all posts
Yang control IP sedunia IANA (Internet Assigned Numbers Authority). Untuk memudahkan pembahagian IP, ianya akan berkerjasama dengan RIR (Regional Internet Registries). Setakat nie ada 4 RIR:

APNIC (Asia Pacific Region)
ARIN (North America and sub-sahara Africa)
LACNIC (Latin America and some Caribbean Islands)
RIPE NNC (Europe, Middle East, Central Asia and African countries disebelah utara equator)

Buat masa nie, satu RIR sedang ditubuhkan untuk kawasan Africa.

RIR pulak akan membahagi bahagikan IP kepada ISP, jika IP RIR telah habis, mereka akan merequest IP baru dari IANA. Kalau orang biasa mcm kita nie tak perlulah nak mengada ada nak minta IP dari RIR, tak termampu kita nak bayar :lol

Tambahan untuk cerita sarah diatas, kalau tak silap aku 127.0.0.0 - 127.255.255.255 juga dikenali sebagai loopback address
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2004 09:03 AM | Show all posts
oh.. kalau bukan network administrator memang tak boleh buat - apa - apalah ye?;)

So no depan tu merujuk Jenis Network...

So TMnet menggunakan Network Kelas apa? A ke B?

anyway through IP at least kita boleh tahu lah kan orang tu dari Area mana menurut RIR yang macam Remy kata tuh.. and of course IP untuk setiap country pun berbeza.. macam tu ke? Skurang - kurangnya kalau nak tahu mende tu 'come from inside or outside this country' cukuplah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2004 09:08 AM | Show all posts
Lagipun persoalan ni bermula sebab bila kita daftarkan diri kita ke sesetengah laman.. dengan best je dia nyatakan yang IP anda ialah blablabalabla.. dan sebarang aktiviti anda akan diperhatikan... tu yang tak faham tu... bolehke diperhatikan?

Lagi satu... kalau kita dial - up of course IP akan berubah kan? Menurut penerangan yg dibaca diatas.. yang tak berubah cuma IP untuk ISP jek..  so diorang cuma boleh tahu kita guna ISP apalah kan? selebih detailnya macam kita dail dari mana or atas akaun siapa ianya digunaka diorang takleh tahu ye tak?

erk?! cam tu ke?

anyway thanks for the explanation...  ( I bukan org teknikal x yah tahu banyak-banyak :bgrin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2004 09:33 AM | Show all posts
Berdasarkan jawapan sarah diatas u boleh agak sendiri tmnet pakai ip apa

Kita tak boleh tahu IP tu datang dari negara mana kerana IP bukan diallocatekan mengikut negara tetapi mengikut ISP. Sebab tu walaupun dua ISP tu berada dinegara yang sama, tapi no IP mereka berbeza contoh: ISP A: 818.121.0.1 - 818.191.100.1 dan ISP B: 999.1.1.1 - 999.100.100.100, tapi kita boleh agak check IP tu kepunyaan ISP mana melalu database whois.

Apabila ko masuk ke website, actually request ko tu disertai dengan no IP, supaya website tu tahu kemana hendak dihantar reply terhadap request tu, kalau tak alamat sesatlah webpage yang nak dipaparkan pada browser ko. Ada sesetengah website nie dia nie suka memain dengan kita ataupun untuk security purpose, mereka akan logkan IP kita tu.

Even ko makai dial-up ke, broadband ke, static IP ke, Dynamic IP ke, orang tak akan tahu location ko except staff ISP, tu pun jika dia lihat pada log file atau record customer. Amat jarang staff ISP melihat log nie except ada kes seperti akaun dial-up dipakai orang (nie mereka boleh trace dari mana ko buat panggilan dial-up tu) ataupun FBI meminta senarai tersebut kerana ada data tentang terrorist dihantar melalui IP tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2004 11:29 AM | Show all posts
oh.. faham.. jadi yg boleh didetect adalah ISP jer lah.. dan terpulanglah samada ISP tu nak bekerjasama ataupun tidak... Kira Website tu cuma buat gempak jerlah... dan kalau FIrewall kita detect Ping Attack ke.. NetBios Browsing ke.. memang tak bleh buat - ape - ape untuk detect siapa orang tu.. nantilah disablekan Microsoft Network Clien tu..

Thanks Remy and Sarah :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


enrey This user has been deleted
Post time 17-5-2004 08:26 PM | Show all posts
ok...ip dah cerita. boleh explain pasal mac address plak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2004 06:03 AM | Show all posts
mac address tu adalah physical address ..
biasanya setiap kad network akan disetkan unique physical address ..  utk seumur hidup
panjang dia 48bit
kalau tak silap 8 atau 16 bit pertama tu id pembuat kad network tu ..pas tu nombor siri dia lah .. macam imei handphone

guna dia ?
utk connect ke memana komputer , yang  amat diperlukan adalah address mac dia ..

kalau i masih ingat .. (dah lama tinggal) .. contohnya (simplified)

komputer A kat us nak connect ngan komputer B kat siam
ip A = 1.2.3.4
ip B = 5.6.7.8
kalau link A ke B macam ni

A <-> A2 <-> C <-> B2 <-> B

komputer A akan hantar satu frame yang mana diisi dalam tu

1) ip address A
2) mac address A
3) ip address B
4) mac address router A2

frame tu akan lalu router (A2) utk network komputer A ..
router tu nampak IP B tu luar network jadi ,
router tu akan modify data #2 dan ganti  denganmac address dia ..
dia akan forward ke router lain yang connect directly kat dia dan yang handle IP address tu.. jadi data #4 akan dibubuh mac adress router berkenaan..


router C dengan B2 akan ganti dan memorize data #2 tu dengan mac address diorang ..  dan #4 dengan mac adress B2 dan B ..
sampai kat komputer B ..  disebabkan ip address dan mac address sama .. maka

B akan jawap balik .. dalam tu ada
1) ip address B
2) mac address B
3) ip adress A
4) mac address B2

router B2 akan ganti #2 dengan mac dia dan #4 dengan mac address C
router C akan ganti #2 dengan mac dia dan #4 dengan mac address A2
router A2 akan ganti #2 dengan mac dia dan #4 dengan mac address A
A akan terima mesej tu dan start all over again ..


kesimpulannya mac address ni gunanya utk komputer berkenaan tu capture message tersebut dan analisa .. dll
Reply

Use magic Report

kayuapi This user has been deleted
Post time 20-5-2004 06:59 PM | Show all posts
hmmm thn lepas aku ada belajar benda alah nie semua... tapi dah lupa...

siap belajar camner proses antar dan terima data berlaku...

kot tak silap ada 7 layer dlm proses pengantaran data huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2004 11:48 AM | Show all posts
IP ni unik... macam nombor telefon atau alamat rumah... tak ada satu pun yang mempunyai nombor IP yang sama...

Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID dan Host ID. Network ID macam nama jalan, manakala Host ID seperti nombor rumah yang ada di dalam jalan tadi. Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit. contoh: 011111111.00000000.00000000.00000001

kalau kita convertkan binary kepada decimal number (base10 numbor) kita akan dapat nombor IP seperti: 127.0.0.1

macam mana nak convertkan... senang jer... bukak calculator sainstifik... masukkan numbOr decimal tu pastu convert jer la kepada bentuk binary... pastu pastikan setiap nombor binary tu mesti ada 8 angka... alaa... kat skolah dulu ada blaja la... ekekeke...

terdapat 5 kelas alamat IP... ni nak kena tau sebab kalau nak buat network, paham kelas IP ni maknanya dah hampir nak jadi terre la buat network... ihihihih...

5 kelas tu ialah A, B, C, D dan E... tapi kita cuma perlu tahu pasal kelas dari A sampai C saja... yang D dan E tu abaikan jer la... nak explain kang takOt tak paham plak... (sebenarnya aku pun tak berapa paham lagi kelas D ngan E ni apa fungsinya... ekekeke...)

macam mana nak tau IP dari kelas yang mana... senang jer...

memula bila dapat IP dalam bentOk decimal... kita kena convertkan dalam bentuk binary... Kelas A IP mesti bermula dengan angka 0. contoh IP yang aku kasi kat atas tadi tu dari kelas IP A la sebab ia bermula dengan angka 0. tak percaya... terai tengok balek... ihihihi...

kelas B plak mesti bermula dengan angka 10
kelas C plak bermula dengan angka 110
kelas D bermula dengan angka 1110
kelas E bermula dengan angka 11110

nilai alamat IP terendah ialah 0.0.0.0 dan tertinggi ialah 255.255.255.255

range IP kelas A di antara 1 - 126
range IP kelas B di antara 128 - 190
range IP kelas C di antara 192 - 222
range IP kelas D di antara 224 - 238
range IP kelas E di antara 240 - 254

kenapa ada selang pada setiap kelas... itu ada kena mengena dengan fungsi network host dan loopback function...

contohnya IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 tapi nilai 0 dikhaskan untuk network host dan tidak boleh digunakan dan 127 pula dikhaskan untuk loopback function... juga tak boleh digunakan... Oleh itu range IP kelas A bermula dari 1 sehingga 126. negitu la seterusnya pada setiap kelas lain...

Network ID ditentukan oleh Network Information Center yang disediakan oleh  ISP untuk mengelakkan daripada berlakunya conflik duplicate IP...

DNS pula bertindak seperti mapping untuk kegunaan pengguna internet... disebabkan susah kita nak ingat IP address, DNS digunakan untuk membuat rujuk silang... so kita tak perlu la masukkan alamat IP pada untuk sampai ke website yang kita nak masuk... typekan saja www.cari.com.my dan tekan enter; DNS akan membuat mapping untuk mencari alamat IP yang berkenaan...

rasanya tak lengkap citer pasal Ip kalau tak citer pasal subnets mark skali... sapa-sapa tolong sambOng... citer pasal subnets mask plak... ihihihih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2004 06:57 PM | Show all posts
soalan bang cipot

apsal nak ada class IP pulak ni ...  :stp:


ps: innocent tak soalan ?




ps2 ...  tak ada satu pun yang mempunyai nombor IP yang sama. :dia: betul .. tapi RFC1918 jangan lupa .. hihiihihihi (saje nak cari pasal)
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by Sarah_Radzi at 31/7/2004 06:57 PM:
soalan bang cipot

apsal nak ada class IP pulak ni ...  :stp:


ps: innocent tak soalan ?




ps2 ...  tak ada satu pun yang mempunyai nombor IP yang sama. :dia: betul  ...


dia ni... bebuat cam innocent plak... ekekeke...

ala, sarah... ic pun owang bleh duplicate inikan pulak IP... ekekeke... memang ada IP duplicate tapi nak kasi tau kat sapa-sapa yang tak berapa paham pasal IP ni... kasi info yang mudah-mudah cukup la... kang dia owang lagi pening pale plak kang... dah la tak paham kang bertambah plak tak pahamnya... ihihihih... banyak plak soklan yang dia owang tanya kang... ekekeke... :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067600 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list