CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 16-8-2018 07:19 PM | Show all posts
Rakan tulis surat layang, elak terima nasib seperti Zulfarhan
Tarikh kemaskini: 16/08/2018

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) –  Seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Zulfarhan Osman Zulkarnain bahawa dia memilih untuk menulis surat layang berbanding bersemuka dengan pihak atasan untuk memberitahu mangsa didera  kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mangsa.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata surat layang itu juga bagi memastikan identitinya tidak terbongkar.

“Saya takut identiti diketahui,” katanya ketika pemeriksaan semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan hari ke-13, kes itu hari ini.

Kepada soalan Othman apakah yang ditakuti tertuduh sekiranya identitinya sebagai pengadu terdedah, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, “Saya mungkin akan kena sama macam arwah Zulfarhan”.

Menjawab soalan adakah tindakan menghantar surat layang kepada pihak atasan itu mencukupi untuk membantu Zulfarhan Osman, Muhammad Aiman Aufa menjawab “tidak”.....

eh gedik la bernama news ni kalau nak baca full story kena bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 07:27 PM | Show all posts
Rakan tulis surat layang, elak terima nasib seperti Zulfarhan

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Zulfarhan Osman Zulkarnain bahawa dia memilih untuk menulis surat layang berbanding bersemuka dengan pihak atasan untuk memberitahu mangsa didera kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mangsa.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata surat layang itu juga bagi memastikan identitinya tidak terbongkar.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/88455
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:28 PM | Show all posts
sikit je update harini
next session lepas raya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tqvm@KulitKayuManis update kat forum
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:40 PM | Show all posts
Edited by santubung at 16-8-2018 11:41 PM
KulitKayuManis replied at 16-8-2018 07:19 PM
Rakan tulis surat layang, elak terima nasib seperti Zulfarhan
Tarikh kemaskini: 16/08/2018

sambungannya

Menjawab soalan adakah tindakan menghantar surat layang kepada pihak atasan itu mencukupi untuk membantu Zulfarhan Osman, Muhammad Aiman Aufa menjawab “tidak”.
“Jika saya tahu dia akan meninggal dunia, saya akan bawa dia ke hospital,” katanya.

Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Aiman Aufa mendedahkan dia menulis 2 pucuk surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM yang Zulfarhan Osman didera rakan-rakannya selepas melihat mangsa terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada 22 Mei 2017.
Katanya, surat layang pertama diselit di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (Resat) pada 23 Mei 2017 dan surat layang ke-2 diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman, 22, di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang semuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 27 Ogos.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/16/rakan-tulis-surat-layang-elak-terima-nasib-seperti-zulfarhan/

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 16-8-2018 11:40 PM
sambungannya

Menjawab soalan adakah tindakan menghantar surat layang kepada pihak atasan itu me ...

Jangan kata ko Aufa oi, OKT pun kalau tahu arwah akan meninggal dunia, harus diorang sendiri bawak ke hospital. You tried your best under the grim circumstances, but it was just not good enough. Takpelah, at least you tried, nobody knew what would happen masa tu. Teruskan reveal kebenaran, semoga Allah pelihara kamu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2018 08:46 AM | Show all posts
hurmmmmmmm kesian jgk ngn dek aufa. takpela dik. janji dh ckp benar pn takpe. hope pengurusan upnm kne take action lepas ni. jgn dek aufa plak yg kena buang u lepas ni dh laa. hrp pegawai yg berkenaan dikenakan tindakan tatatertib or dibuang dri upnm. name nya tentera tp bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 08:57 AM | Show all posts
mizruncing replied at 17-8-2018 08:46 AM
hurmmmmmmm kesian jgk ngn dek aufa. takpela dik. janji dh ckp benar pn takpe. hope pengurusan upnm k ...

jurulatih perempuan da kena tanggung tugaskan?
sengal dpt surat layang p snap anta kat group whatsapp
patut p la buat spot check
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 09:10 AM | Show all posts
kesian gak dekat budak aufa ni. mesti dia pon takut mengenangkan pengurusan UPNM macam harom. kalau dia report direct, silap haribulan dia yang jadi arwah. xpe la dik, Allah sayang pada insan yang menegakkan kebenaran. yang lagi 6 tu akak berdoa mati tragis
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 10:21 AM | Show all posts
C1k_J4h replied at 17-8-2018 08:57 AM
jurulatih perempuan da kena tanggung tugaskan?
sengal dpt surat layang p snap anta kat group what ...

patut dibuang je terus. keje makan gaji buta buat pe? rugi duit kerajaan byr pegawai mcm kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 01:44 PM | Show all posts
azimodin replied at 17-8-2018 09:10 AM
kesian gak dekat budak aufa ni. mesti dia pon takut mengenangkan pengurusan UPNM macam harom. kalau  ...

kan? tak pasal2 dia yang tolong, sekali kena sebut nama dan didapati bersubahat.

tak apa Aufa. Allah bersama orang2 yang benar dan tidak bersalah. besar ganjarannya Aufa tolong arwah. cuba selamatkan dan sapu ubat. wpun akhirnya ketentuan Ilahi arwah farhan pergi mengadap Illahi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru selsesai merempit.

Allahuakbar..sedihnyaa , marahh, gerammm..macam2 perasaan ada lepas satu-satu kebenaran terungkai.

Ya Allah Kau berilah keadilan  kepada arwah Farhan dan Kau berilah ketabahan kepada keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 09:16 AM | Show all posts
Doakan keadilan dan kebenaran akan berpihak kepada yg benar
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuma..kenapa terlalu lama kes ini disiasat?? Malah org ramai diluar sana pun dah semakin lupa pasal pembunuhan ni....gilaaa ahhh...apa lagi nak siasatnya...amiklaaa tindakan cepat
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 04:43 PM | Show all posts
belacan_gurl replied at 27-8-2018 09:42 AM
Cuma..kenapa terlalu lama kes ini disiasat?? Malah org ramai diluar sana pun dah semakin lupa pasal  ...

bila next perbicaraan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 05:35 PM | Show all posts
i stalk fb mak arwah zulfarhan just now. 8 hrs ago dia ada buat status mcm ni:

seronoknya OKT302 dpt makan nasi dagang dibawa oleh keluarganya dan dibagi melalui polis di mahkamah. Apakah keistimewaan OKT302 itu


i xtau sgt pasal prosedur mahkamah bagai neh, tp boleh ke waris bg makan2 kt OKT kt court?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nelly_me replied at 27-8-2018 05:35 PM
i stalk fb mak arwah zulfarhan just now. 8 hrs ago dia ada buat status mcm ni:

seronoknya OKT302  ...

Apa update prosiding hari ni ye? Katanya OKT 302 ada kaitan dgn tertuduh 330
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 09:06 AM | Show all posts
ada update kah
lup adah bila date perbicaraan latest
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 03:40 PM | Show all posts
irise666 replied at 27-8-2018 08:30 PM
Apa update prosiding hari ni ye? Katanya OKT 302 ada kaitan dgn tertuduh 330

i pun x sure apa latest update, just baca status mak arwah ja. harap sgt setan2 6 ekor tu kne gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 17-8-2018 12:57 AM
jurulatih perempuan da kena tanggung tugaskan?
sengal dpt surat layang p snap anta kat group what ...

Serious la terjdi? Apa bongok gila jurulatih tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.191186 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list