Setelah selesai persembahan, pengacara Nabil telah melakukan aksi yang kurang selesa terhadap Hazami. Menurut salah satu netizen di ruangan komen, perlakuan Nabil itu seolah-olah seperti gangguan seksual sehinggakan Hazami bertindak memarahinya pada saat itu. Netizen dengan akaun @definemenownotlater meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Nabil dan mohon Nabil supaya gurauan akan datang lebih terkawal.
Perkara seperti ini tidak kita duga kerana apabila bergurau kadang kala kita tidak menyedari kesilapan yang dilakukan apabila bersikap berlebih-lebihan di pentas umum. Semoga perkara ini menjadi pelajaran buat Nabil dan Hazami memaafkan sikapnya yang suka bergurau tanpa memikirkan perasaan orang.
Rata-rata mengatakan perkara tersebut sensitif dan Nabil bersikap biadap dengan membuat lakukan aksi seperti itu terhadap Hazami. Sememangnya, tidak semua perkara boleh dibawa bergurau apatah lagi di depan khalayak umum dan bukankah Hazami jauh lebih berusia dari Nabil yang harus dihormati?
Adakah ‘gurauan tak bertempat’ Nabil masih akan berterusan pada episod akan datang?