View: 16372|Reply: 106
|
Datuk Hans Issac Kembali Single!
[Copy link]
|
|
Krisis hubungan antara pelakon lelaki popular Datuk Hans Isaac dengan tunangnya menarik perhatian saya untuk menghiasi E-XPOSE pada minggu ini.
Datuk Hans Isaac dan Gabriella Robinson merupakan model dan bekas ratu cantik Malaysia Toursm 2011, adalah pasangan sepadan. Mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari yang lalu. Pelakon, pengarah, penerbit dan pengacara itu telah mengadakan sidang media untuk mengumumkan pembatalan perancangan perkahwinan mereka. Kenapa pula? Nak tahu teruskan membaca…
Hans, 46, memberitahu terpaksa membuat keputusan nekad setelah berfikir panjang demi kebaikan bersama. "Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut. Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Januari yang lalu terpaksa dibatalkan”, jelas pelakon kacak itu. Noktah!
Tidak ada eviden yang dikemukakan sebagai penyebab keputusan drastik itu dibuat. Berita itu menggemparkan dan menjadi viral, ramai yang memperkatakan tentang perpisahan itu. Begitulah, berakhirnya sebuah sinopsis skrip percintaan tanpa sutradara!
Jika ada antara anda yang beranggapan selebriti yang berwajah yang kacak, kaya, popular dan bujang pasti mudah menundukkan sebuah cinta! Oh tidak, tanggapan itu adalah salah! Cinta sejati itu tidak hadir berdasarkan pada kualiti luaran semata-mata, ia adalah soal hati dan perasaan.
Sebelum itu, pada bulan Ogos yang lalu berita sensasi bertiup kencang bahawa pertunangan mereka hampir terputus, namun Hans menolak perkhabaran pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir . Spekulasi terbit selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram. Apa maksudnya?
Datuk Hans Isaac, saya orang pertama yang memberi peluang Hans Isaac menjadi cover majalah. Pastinya Majalah Remaja! Berganding dengan bekas Ratu Universe Malaysia (gadis Melayu, lupa la pulak namanya). Hans tak pernah lupa jasa dan mengundang saya untuk rakaman temubual esklusif tentang pembabitannya dalam industri hiburan dan penerbitan untuk company profile.
Pemuda kacukan ini merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif Tall Order Production Sdn Bhd, syarikat produksi filem dan program televisyen.
Personaliti Hans sebagai hero filem memang tepat. Bertubuh tegap dan tinggi, wajah fotogenik dan bahasa Melayunya lancar. Ini adalah ganjarannya, memenangi Anugerah artis bukan Melayu popular dalam Anugerah Bintang Popular 2002 dan 2003 pernah menjadi miliknya.
Namun pembabitannya seawal 1993 hingga 2017, ada 26 buah filem dibintangi tapi filem kegemaran saya, Persona Nan Grata, sementara filem yang lain okey cuma wataknya tidak menyerlah.
Selebriti ini gemar bermain bola sepak, menyelam dan golf ini tidak terlepas dari gossip sensasi. Hans Isaac pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang selebriti kelas A. Rasanya bukan rahsia lagi, semua orang media tahu, Hans pernah rapat dengan Erra Fazirah dan Neelofa. Namun cinta itu tidak kesampaian. Namun baginya kisah cinta dengan Erra Fazira sangat istimewa.
Sehari sebelum, bekas kekasihnya primadona filem Melayu itu hendak bernikah, saya dan Hans berjumpa dalam satu majlis anjuran syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur. Kami duduk jauh dari tetamu yang hadir. Dia mencurahkan rahsia hatinya. Saya merenung ke wajah kacak itu, airmatanya mula bertakung dan kelihatan sedih sekali. Hingga sekarang setiap kali melihat wajah Hans saya akan teringat peristiwa itu.
Saya mohon maaf tidak boleh tulis apa cerita sebenar menjadi penyebab dia berpisah dengan selebriti itu demi menjaga aib semua pihak!
Akhir sekali, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan ahli keluarganya yang sering menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya. "Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,”katanya lagi.
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini. Kita sebagai orang luar, jangan asyik nak buat andaian yang bukan bukan sahaja. Mana tahu barangkali ada masalah lain sebenarnya kan. Memandangkan mereka mempunyai kerjaya sendiri, mungkin faktor kesibukan itu sendiri yang menjadi penghalang. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Datuk Hans Isaac. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. |
|
|
|
|
|
|
|
You are meant to be..
|
|
|
|
|
|
|
|
get back dgn erra please....shahir please go away from erra... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon tok hans u turn balik kat hajjah #truelove |
|
|
|
|
|
|
|
memilih sgt ni
atau mmg suke geli2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kalau kawin dengan erra .. baka mesti lawa and tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mohon maaf tidak boleh tulis apa cerita sebenar menjadi penyebab dia berpisah dengan selebriti itu demi menjaga aib semua pihak!
kalau RR nk jaga aib Erra Fazira sgt, so x pyh la sibui2 taip perkataan AIB tu okeh!!!!! ni dh dikira buka aib lah; dh nmpk sisi EF tu ade buat aib sehinggakan deols berpisah cuma tak dinyatakan je lagi ape keaibannya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ngan hajah lofa?
|
|
|
|
|
|
|
|
tetap tinggi. sebab baka tinggi ni dari belah bapak
cuma kalau mak tinggi mmg akan tinggi melampailah.. paling kurang 185 keatas. stock2 model lah
For sure!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Hans nie kapel semua nyer pompuan Islam...
Mana tau satu hari jodoh dia dgn org Islam and terbuka hati masuk Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
klu ngan hajah pasti kiut2.... comel lote
|
|
|
|
|
|
|
|
tok hans kena down to earth la. ni nak yg lawa, model. jadi buruk je la nanti pisang tu |
|
|
|
|
|
|
|
plsss....plsss... sokong sesuai sangat...
|
|
|
|
|
|
|
|
tokhans sila rampas erra dari syahir.. |
|
|
|
|
|
|
|
apikwaeh replied at 8-11-2017 11:44 AM
kenapa iols rasa penulis ini memberi hint yang agak nyata.
kenapa disingkap tentang kisah Hans da ...
Wow hebat chuol boleh baca pikiran ahtok Richie blonde... Tabik hormat |
|
|
|
|
|
|
|
apikwaeh replied at 8-11-2017 11:48 AM
tetap tinggi. sebab baka tinggi ni dari belah bapak
cuma kalau mak tinggi mmg akan tinggi melampa ...
Biasa anak tinggi ikut mak la...sbb gen perempuan lebih dominan...jiran i anak2 semua tinggi sbb ikut mak padahal ayah kategori katik |
|
|
|
|
|
|
|
Ex fiance ni umur berapa?35 ke |
|
|
|
|
|
|
|
Saya merenung ke wajah kacak itu
Gittewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
takpe tok hans, lupa kan yg keruh. erra single lagi! |
|
|
|
|
|
|
| |
|