View: 714|Reply: 0
|
Menyamar Sebagai Penguatkuasa, Pedofil Ambil Peluang Cabul Budak
[Copy link]
|
|
Melampau! Seorang pedofil dilaporkan mencabul seorang kanak-kanak lelaki selepas menyamar sebagai pihak berkuasa termasuk polis.
Harian Metro melaporkan suspek menggunakan cara dengan berpakaian formal atau berbaju batik sebelum mengarahkan mangsa membuat ujian saringan air kencing dan mencabul mangsa.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur, berkata suspek menyamar sebagai pegawai polis dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kata ACP Rusdi Mohd Isa lagi, terdapat dua kes dilapor di Kepong minggu lalu dan Cheras beberapa hari lalu, membabitkan mangsa berusia 12 dan 13 tahun.
“Berdasarkan modus operandi itu, kami tidak menolak kemungkinan individu terbabit adalah suspek sama. Bagaimanapun siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Foto Carian internet
Katanya lagi, lazimnya pemeriksaan akan dibuat secara berkumpulan dan bukannya sendirian seperti yang dilakukan oleh suspek.
Polis kini sudah mengenali identiti suspek dan giat memburunya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|