View: 1616|Reply: 7
|
Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terapung Di Pulau Kapas
[Copy link]
|
|
Tiga nelayan tempatan menemui mayat tanpa kepala di perairan Pulau Kapas.
Dalam satu kenyataan Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, mayat yang dipercayai lelaki , ditemui dalam keadaan reput.
Mangsa juga tidak berpakaian dan tidak mempunyai pengenalan diri, dijumpai terapung pada jarak 10.8 batu nautika dari Pulau Kapas.
Bot maritim yang dalam perintah pengoperasi dan berada di laut bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang sebaik menerima laporan.
Foto: Astro Awani
Menurut laporan Bernama, agak lama masa yang diambil untuk mayat ditemui berikutan keadaan laut yang bergelora.
Mayat dibawa ke gensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) DM 9 Pulau Kambing pada 6.30 petang dan telah diserahkan kepada Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini pada hari Sabtu, satu mayat tanpa identiti dan masih memakai seluar trek berwarna hitam turut ditemui pada kedudukan 11 batu nautika dari Pulau Kapas lebih kurang pukul 5.00 petang. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Satu persatu kes. Speechless |
|
|
|
|
|
|
|
takde sape2 buat laporan psl kehilangan ahli keluarga? |
|
|
|
|
|
|
|
haritu pulak aku terjumpa kepala tanpa badan tergolek tepi jalan
tgk betul2..rupanya kepala patung manequin siap berambut. |
|
|
|
|
|
|
|
tmpt tercantik di msia dah jadi tmpt menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kes lu langsi lu mati agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
maybe jasad tu perfect lagi kot masa mati
dah duk berapa lama kat laut tu
mau tak kena jamah sikit sorang dengan ikan la jerung la paus la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|