Kecoh di laman sosial tentang dakwaan seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas dicaj RM600 bagi empat mangkuk hidangan kari kepala ikan di sebuah restoran.
Rupanya hal ini selepas disiasat, barulah diketahui mengapa lelaki berkenaan dicaj sedemikian rupa. Dikatakan dia telah mengambil hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk 17 orang makan, Harian Metro melaporkan. Padanlah!
Meskipun pihak restoran itu mendapat kecaman orang ramai kerana meletakkan harga yang terlalu tinggi namun siasatan KPDNKK menjawab segala persoalan.
 Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!
Memetik Harian Metro, siasatan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran itu berharga dari RM50 hingga RM150 mengikut saiz X, M, L dan XL.
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahyuddin juga berkata pihak restoran telah meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman di situ.
"Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.
"Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian," katanya.
Bagi pihak restoran, ia telah dikenakan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 agar memberi maklumat lanjut mengenai hidangan tersebut dalam masa 19 hari.
 Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!
Pun begitu, Roslan turut kesal dengan tindakan pelanggan yang menularkan resit itu tanpa memberitahu butiran lengkap hingga menyebabkan masyarakat keliru.
"Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidang empat kepala ikan yang dicaj RM600.
"Ia seolah-olah hidangan untuk seorang sahaja, sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial terdapat pelbagai reaksi berbeza di kalangan netizen.
 Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!
Ada yang menganggap harga tersebut masih masih mahal untuk harga semangkuk.
Namun ada juga yang menyindir pihak lelaki itu, mahu makan kari kepala ikan merah dengan harga yang murah.
Apa pun, sentiasa bertanya dan jangan malu untuk mendapatkan harga makanan terlebih dahulu sebelum membeli agar tidak terkejut dengan harga-harga luar biasa ketika membayarnya nanti.- CARI |