Kalau sebelum ini tular resipi Kek Milo yang hanya menggunakan dua bahan, kini muncul lagi satu resipi kek yang teramat sangat mudahnya.
BACA JUGA: Pejam Mata Pun Boleh Buat, Resipi Kek Milo Ini Guna Dua Bahan Je
Gila senang nak buat kek ini. Main campak-campak je, dah siap. Geng pemalas yang liat sangat nak belajar cara membuat kek pun boleh buat sambil pejam mata! Mudah saja, bukan?
Tak percaya mudah? Jom semak resipi Kek Oreo Cheese ini!
Bahan:
2 paket biskut oreo
1 kotak kecil susu dutch lady (coklat/biasa)
Cheese Cheddar parut
Cara membuatnya:
1. Kisar hancur biskut oreo bersama dengan krimnya
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit (tambah susu jika suka manis)
3. Masukkan adunan ke dalam bekas bersesuaian
4. Kukus sekitar 20 minit atau sehingga masak
5. Biarkan seketika hingga sejuk dan terbalikkan
6. Tabur keju parut di atas kek
Nota: Boleh hias kek dengan krim, cip coklat dan sebagainya mengikut kreativiti anda.
Foto: Nurul Diana/FB Cempedak Cheese
Tadaa! Gila senang kan? Malah, kos bahannya juga tak sampai RM10 (tanpa cheese). Rasa lemak-lemak gitu. Jangan lupa mencuba resipi ini di hujung minggu ya. - CARI
Kredit resipi: Nurul Diana menerusi FB Cempedak Cheese |