View: 29672|Reply: 494
|
[Tempatan]
#PrayForCikguAzizan Kes digugurkan #224
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 19-12-2017 10:45 AM
KIRA-KIRA 200 guru dijangka memberi sokongan kepada Cikgu Azizan yang akan menghadapi perbicaraan kes mencederakan muridnya, di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa ini.
Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan Abu Hurairah Suak berkata, sebelum ini kira-kira 100 guru berkumpul memberi sokongan ketika penyerahan dokumen pertuduhan di mahkamah sama, 27 November lalu.
"Selain guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid turut memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Sokongan ini amat penting bagi menaikkan semangat beliau. Saya berharap lebih ramai guru akan hadir pada Selasa ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abu Hurairah berkata, NUTP juga akan menyediakan bantuan guaman untuk Cikgu Azizan dan akan berusaha membantunya sebaik mungkin.
Mengikut laman web www.pendidik2u.my, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah.
Sebutan kes berkenaan dibuat pada 31 Oktober lalu manakala 27 November lalu adalah penyerahan dokumen dan 19 Disember ini ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan kes.
Jika didapati bersalah, Cikgu Azizan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Beliau kini diikat jamin sebanyak RM500.
NUTP meminta orang ramai supaya memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan dengan hadir ke mahkamah termasuk menyokong melalui media sosial dengan #PrayForCikguAzizan yang menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali report polis atau AADK ye.....jangan memandai-mandai |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang mana yg report cikgu tu? Harap makna pak budak tu dibunuh kemudian hari oleh budak tersebut kerana sangap hisap ganja. Amen. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah semua orng sdh melupakan kes sekolah tahfiz berkenaan...angkara bdk2 'seperti ini'??? |
|
|
|
|
|
|
|
iloveselangor replied at 17-12-2017 07:49 PM
Lain kali report polis atau AADK ye.....jangan memandai-mandai
dia tampar budak tu ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 17-12-2017 08:06 PM
#justiceforcikguAzizan!
camner dia 'denda' budak tu...hingga menjadi satu 'kesalahan'??? |
|
|
|
|
|
|
|
kes ni hisap gam rasanya gam bukan dadah. sorry kalau salah
|
|
|
|
|
|
|
|
denda cmne?
apekah murid2 tu kene belasah smpai mandul ?
berita tak lengkap |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kalah ni mmg sah la pasni most cikgu2 dah tak amik port anak2 murid nak rosak ke jahanam. Serah je kat mak pak kalo fail urine test |
|
|
|
|
|
|
|
MURID MENGHIDU GAM DAN MEMPENGARUHI RAKAN2! Ini adalah KESALAHAN BESAR! ANCAMAN kpd budak2 yg lain!
Guru2 sekolah harus mengambil tindakkan keras terhadap masalah ini! |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 17-12-2017 08:21 PM
kes ni hisap gam rasanya gam bukan dadah. sorry kalau salah
hidu gam tu satu permulaan. ia juga merosakkan otak |
|
|
|
|
|
|
|
maksud sis hidu gam boleh report AADK ke? tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
budak zaman skg |
|
|
|
|
|
|
|
#justiceforcikgufarhan
Semoga ada keadilan buat beliau esok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hisap gam salah. Bawah akta dadah....tetapi merotan/memukul murid juga salah. Bawah akta jenayah....so cikgu tu buat cara cikgu. Jangan nak jadi polis lak... |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 17-12-2017 09:47 PM
Hisap gam salah. Bawah akta dadah....tetapi merotan/memukul murid juga salah. Bawah akta jenayah... ...
Sepatutnya cikgu kena tahu bidang kuasa dia....
Merotan dan memukul salah kalau di eropah merengkuk lah penjara 30 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-12-2017 10:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MatNapie TokBali:
Ustaz Izzudin:
Saya menulis tentang cikgu Azizan,Penolong Kanan HEM sebuah sekolah di Seremban yang sedang diperkatakan sekarang. Saya sendiri menelefon beliau untuk gambaran sebenar.
KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN ,salah sebuah sekolah di Seremban Negeri Sembilan.
Assalamualaikum.
Saya berhadapan dgn tuduhan dibawah seksyen 323 Kanun Jenayah pada 31 Oktober yg lalu apabila saya diarah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban utk mendengar sebutan kes yg saya langsung tidak menjangka disabitkan atas seksyen tersebut.Saya mengaku tidak bersalah sebaik hakim membacakan pertuduhan dgn diikat jamin sebanyak rm500. Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, saya telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama pesalah jenayah lain yg terlibat dgn dadah dan lain2. Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan saya DIGARI bersama seorg pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah utk urusan ikat jamin yg jaraknya 100 meter.
Dakwaan ke atas saya dibuat atas tuduhan saya mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua,.saya mendenda murid tersebut atas kesalahan:
1.menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain ( 3 org) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
2. Buli.
3. Memukul Murid lain.
4. Ponteng dgn memanjat pagar sekolah.
Pada 27 November lalu serahan dokumen pertuduhan telah diserah terhadap saya
Pada 19 Disember 2017 ini perbicaraan akan bermula.
Dr mula sampai skrg YDP pibg sekolah dan rakan2 guru banyak membantu dan saya turut terharu atas sokongan moral drp warga KGM .Hanya Allah akan membalas budi baik tuan/puan.
Ikhlas drp beliau .
Penulisan ini adalah daripada saya sendiri & bukan ditulis oleh cikgu Azizan untuk mengelak sebarang unsur sub judice. |
|
|
|
|
|
|
| |
|