Selebriti kontroversi, Azwan Ali dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan isu salah guna kuasa membabitkan anggota keluarganya.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, lapor Utusan Malaysia.
Azwan bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengesahkan kehadirannya esok tetapi menegaskan jika terjadi pasti akan menggemparkan negara ini.
"Saya minta maaf (tak boleh sahkan kehadiran esok).
“Tapi kalau betul pun terjadi (saya hadir), I believe it's gonna be a real shit for nation," tegas Azwan.
Utusan hari ini melaporkan mereka difahamkan pertemuan itu dijangka diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi.
Adik Azmin itu sebelum ini membuat kejutan apabila muncul di perhimpunan Agung Umno di ibu negara dua minggu lepas dan berikrar untuk “menjahamkan” Azmin.
Azwan mengugut mendedahkan rahsia abangnya yang disimpan sekian lama.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Azwan bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan termakan lagi dengan pujuk rayu abangnya lagi selepas ini.
"Perkara itu (panggilan SPRM) juga menjadi suatu yang mendebarkan saya termasuk awak kan.
“Saya tak pernah pergi SPRM. Tak pernah dalam sejarah hidup saya ke SPRM, jadi ia macam dalam mimpilah.
"Tetapi apa pun perjuangan saya untuk menentang Azmin Ali tak akan berhenti. Dia pujuklah, dia katalah apa yang indah tentang Azwan Ali tidak dilayan dah," kata Azwan.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjumpa dengan pengacara kontroversi, Azwan Ali pada Rabu sehubungan dengan dakwaan personaliti itu terhadap abangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang terlibat dengan rasuah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim berkata mengenai perkara tersebut selepas bertemu dengan Azwan yang merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor itu di Parlimen pada Isnin.
"Saya beritahu kepada beliau (Azwan), pihak terbaik untuk beliau failkan aduan adalah kepada SPRM.
"Walaupun saya bertanggungjawab ke atas SPRM (hal ehwal), saya bukan berada di posisi yang membolehkan saya mengambil tindakan," kata beliau.
Razali berkata, dalam tempoh dua jam pertemuannya dengan Azwan, pengacara itu turut cuba menunjukkan dokumen yang berkaitan dengan dakwaan rasuah tersebut, namun beliau menolak untuk mengkaji mengenai dokumen terbabit dengan berkata ia boleh menganggu sebarang proses siasatan pada masa akan datang.
"Saya tidak mahu melihat dokumen itu kerana saya bukan badan agensi yang menyiasat hal tersebut.
"Kita tidak perlu membuat spekulasi tentang apa-apa dan biarkan SPRM lakukan kerja mereka. Ia bukan tugas kita untuk menentukan sama ada bukti yang diberikan itu benar atau tidak," katanya.
Razali berkata selepas pertemuan itu, beliau memberitahu pihak SPRM mengenai perkara itu dan mereka bersetuju untuk berjumpa dengan Azwan.
"Mereka telah menetapkan Rabu ini untuk mengadakan pertemuan itu," kata beliau.
Post time 19-12-2017 04:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebuah keluarga Islam yang saling menentang antara satu sama lain. ....dan tak menghormati kedua ibu bapa. .. ..satu Malaysia baca kisah keluarga mereka disebabkan kebodohan mereka sendiri yang saling mengaibkan sesama sendiri dari dulu sampai mati agaknya ...memalukan dan menyedihkan adik beradik sedarah sedaging saling bergaduh depan umum......
mengaibkan orang, apa lagi sdr sendiri pun sudah salah besar. Jgnlah terlalu angkuh menghukum sedangkan salah diri kpd alm ibunya, sempatkah dia minta maaf sebelum ibunya pergi. Tetiba Allah herotkan mulut dia baru dia tau nanti. Silap2 terkucil kata, polis tu pula nanti akan dimaki carutnya.
Betapa kita semua mat menyayang dn sesalkan kpd sikap Azwan skr ni. Betapa dulu dia adalah seorang celebriti yg pernah ada di persada entertainment dn sempat dikagumi bakatnya sbg pemandu acara program2 hiburan tv. Akan tetapi hari ini semua orang ngeri dgn mulutnya. Tak semena2 dia mudah mengucapkan cacian maki hamun, menganjing2kan orang lain. Begitu hina dia memaki tetapi dia lupa imbasnya balik kpd diri dia sendiri. Azwan bukan tak punya pelajaran, tetapi kelulusan dn kebolehan serta bakatnya yg ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Jgn pula Azwan salahkan pihak lain bila dia tak ade job, tetapi itulah kalau dpt kita mengerti kerana mulut badan binasa, mulut celupar orang tak suka.