|
Serorang ibu bertindak kejam dengan membunuh anaknya yang hanya berusia 12 tahun.
Wanita berusia 37 tahun yang hanya dikenali sebagai Cao itu didapati mengerat-ngerat tubuh mangsa dengan menggunakan pisau pemotong daging.
Menurut laporan media tempatan Hong Kong, Cao ditahan sebaik sahaja polis memecah masuk ke dalam flatnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Mongkok, Chung Chi-ming berkata, anggotanya menemui kepala manusia dan beberapa organ lain dalam tab mandi rumah berkenaan.
Foto: AsiaWire
Paling sadis apabila air yang bercampur darah itu didapati turut membanjiri kediaman mereka sehingga mengalir ke rumah jiran dan tangga di tingkat bawah.
Menurut sumber lagi, semuanya terbongkar apabila jiran suspek mengadu kepada polis yang Cao tidak memulangkan telefon bimbit yang dipinjamnya.
Polis datang menyerbu tapi Cao tidak mahu membuka pintu rumahnya.
Tambah Chung, motif pembunuhan belum dapat dipastikan lagi.
“Kita perlu menunggu supaya keadaannya lebih baik sebelum menyoalnya,” jelasnya.
Seorang jiran suspek, Tsui memberitahu sebelum itu dia memang terdengar bunyi macam sesuatu sedang dipotong, selama lebih kurang setengah jam.
“Saya menyangkakan ia hanya bunyi kanak-kanak bermain dengan permainan mereka,” katanya. -CARI |
|