Cucur udang, cucur ikan bilis dan cucur kodok mungkin dah biasa anda dengar dan makan. Pernahkah anda rasa cucur ketam? Nama macam rumit namun sebenarnya ia mudah disediakan.
Sesuai untuk dinikmati sebagai sajian petang atau waktu sarapan pagi. Jangan berlengah, jom masuk dapur dan cuba resepi ini!
Foto: qlfoods.com
Bahan-bahan:
Foto:csuraya.blogspot.com
400gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm filemen ketam/crabstick (dihancurkan)
3 tangkai kucai (dipotong kecil)
1 biji cili merah (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Cara-Cara:
1.Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Setelah digaul, jika anda dapati adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental, tambah sedikit air
2.Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit
3.Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan
4.Hidangkan bersama sos pilihan
Foto: terjahmakan.com
Sambil goreng cucur ketam tu, anda bolehlah nyanyi lagu oleh Jalil Hamid yang pernah popular suatu waktu dahulu:
"Makanan pelik-pelik tahi minyak, tahi itik, supir mandi badak berendam mata kucing mangga siam buah keras buat lauk pisang emas pisang tanduk batang buruk cucur kodok!"
Selamat menggoreng dan beraksi di dapur! -CARI |