Bila bercerita tentang pengalaman menaiki kapal terbang, masing-masing pasti mempunyai cerita yang berbeza-beza.
Macam seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Kuruvilla, dia telah menceritakan tentang masalah yang dialaminya dengan salah sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Rose dan keluarga, Foto: Facebook
Melalui Facebook, dia meluahkan kekecewaan tentang sikap kurang ajar pekerja syarikat penerbangan tersebut dan mempersoalkan etika mereka semasa melayan pelanggan.
Foto: Facebook Rose Kuruvilla
Menurut Rose, dia dalam perjalanan ke Sydney menaiki Business Class. Semasa dalam proses 'check in', beg mereka diletakkan di atas tempat penghantaran beg tanpa dilabelkan namanya. Pekerja tersebut bergegas mengejar beg Rose tapi terlewat.
Pekerja tersebut cuba untuk menghubungi bahagian penyimpanan bagasi tetapi menemui jalan buntu.
Mereka cuba meyakinkan Rose agar tidak risau hal beg tersebut dan akan memastikan beg tersebut akan berada bersama pesawat yang dinaiki. Siapa je yang akan bersetuju, lebih-lebih lagi bila kesilapan berlaku depan mata.
Respons dan tindakan mereka yang seolah-olah menyuruh Rose untuk beredar dianggap langsung tidak profesional dengan tiada kata maaf.
Rose terpaksa menunda masa penerbangan 12 jam kemudiannya kerana selepas 1 jam baru mereka menemui beg tersebut.
Perkara itu tidak tamat di situ bila tag yang ditulis oleh Rose 'this is not your bag' diconteng oleh pekerja terbabit. Sudahlah berlaku kecuaian sebab pekerja itu sendiri, begnya pula diconteng!
Foto: Facebook Rose Kuruvilla
Walau bagaimanapun syarikat penerbangan tersebut meminta maaf dan memandang berat tentang kes ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja mereka. Ramai yang mengutuk syarikat penerbangan berkenaan kerana mempunyai pekerja yang tidak beretika.
Amanah kerja harus dijaga. Harap perkara ini tak berulang dimana-mana syarikat penerbangan lain. -CARI |