CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11843|Reply: 87

Pelik Sangat Aksi Iqram Dinzly, Sampai Mufti Wilayah Persekutuan Ajak Jumpa

[Copy link]
Post time 28-12-2017 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Sejak kebelakangan ini, Iqram Dinzly sering memuat naik kelakuan peliknya di Instagram hingga ada yang menganggap dia tidak waras selepas kehilangan bapanya beberapa bulan yang lalu.

Foto: IG Iqram Dinzly



Foto: IG Iqram Dinzly




Pelbagai kata-kata keji dihamburkan kepadanya pada ruangan komen di media sosial namun begitu masih ada yang berfikiran positif tentang kelakuannya yang menjengkelkan itu.


Turut tidak terkecuali, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah ‘menegur’ perbuatan Iqram tersebut dengan memuat naik surat terbuka di Facebook beliau.




Foto: FB Mufti Wilayah Persekutuan




Iqram juga mendapat jemputan istimewa daripada beliau untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya bagi sesi ramah mesra dan berbincang mengenai situasi hidupnya yang kini.


"Mungkin ada sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh menghubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri," katanya.


"Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi.


"Berkenaan hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar," jelasnya dalam kandungan surat tersebut.


Foto: IG Iqram Dinzly


Dalam surat tersebut terselit kata-kata nasihat daripada beliau agar tidak mempedulikan segala cemuhan dan berdoa moga diberikan ketabahan menjalani kehidupan.


Iqram yang dulu tiada lagi dan dia kini mahu dikenali sebagai Dr. Princhiqy Dinzly.


Semoga Iqram diberi kekuatan untuk meneruskan hidupnya. Teruskan kata-kata positif dan hentikan kata-kata keji! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rase iqram ni ade masalah jiwa la.. Mungkin die sakit
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:29 AM | Show all posts
dia hilang bapa dia baruuuu beberapa bulan kan
agak tak logik terus jadi gini
bukan itu puncanya...

ntah i malas nak komen sebab kang orang kata mandai-mandai kata orang gila
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:39 AM | Show all posts
tak penah2 retis kt msia sepanjang abad kene panggil ngn mufti hahaha

kelass ko pickachuuu trus dpt invitation vvip dr mufti

mesti hang termalu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:45 AM | Show all posts
dalam banyak2 mufti iols paling suka mufti ni. heols nampak ala2 bapak gitu dalam menegur.
cakap pon tenang n tak harsh dalam menjatuhkan hukum.
to princhiqy (betul ke eja camni) iols nak doa yang baik2 jela untuk uols.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:47 AM | Show all posts
Telolet replied at 28-12-2017 10:45 AM
dalam banyak2 mufti iols paling suka mufti ni. heols nampak ala2 bapak gitu dalam menegur.
cakap p ...

terlalu bapak bapak sgt kan uolss..kalau tgk heols bg ceramah kt alhijrah iols x dpt fokus lama sbb ngantuk sgt dgr heols cakap

tp bagus la heols ni... aware surrounding sape ada masalah bole jupe heols terus... sllu mufti fokus hal ehwal negara je


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2017 10:48 AM | Show all posts
dulu Yasin Brothers pun buat perangai mencarut dan merapu kat media sosial.

cari bantuan psikiatri dan akhirnya disahkan bipolar.

boleh jadi iqram pun sama.

tapi kalau dia berlakon2 yg hingga akhirnya buat mufti pun terpanggil nak selamatkan dia, aku nak ucapkan dua perkara

1) tahniah sbb lakonan tahap antarabangsa
2) f*** off sebab kau bagi coverage buruk pada pesakit mental yg sebenar2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:49 AM | Show all posts
hopefully after this Mufti turut main peranan yg lebih besar lg dalam hal2 yg lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 10:50 AM | Show all posts
prince chiki chiki cakap nak jumpa datang ipoh! amboii
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:51 AM | Show all posts
kesian pulak tgk dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:59 AM | Show all posts
aku rasa chiki chiki yaya ni sajer jer nak mencapab di socmed. alsendoo
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 10:59 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 28-12-2017 09:47 AM
terlalu bapak bapak sgt kan uolss..kalau tgk heols bg ceramah kt alhijrah iols x dpt fokus lama sb ...

hahaha sama laaa iols tak boleh dengar ceramah dia sampai habis sebab mata ala2 terbuai gak
suka cara dia berkhidmat pada masyarakat. selalu nampak turun padang n ambil peduli golongan tersisih.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 11:22 AM | Show all posts
semoga diberikan kesembuhan jika sakit....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 11:25 AM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 28-12-2017 10:50 AM
prince chiki chiki cakap nak jumpa datang ipoh! amboii

iols pon baru baca....
teratak studio dia kat ipoh ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 11:35 AM | Show all posts
rasanya mufti takut chiki chiki ni jauh tersesat kot...tu nk 1 to 1 tu apa masalahnya..takut salah belajar ilmu kaa...sakit jiwa ke...berlakon betul kaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 11:35 AM | Show all posts
duri_durians replied at 28-12-2017 10:48 AM
dulu Yasin Brothers pun buat perangai mencarut dan merapu kat media sosial.

cari bantuan psikiatr ...

iols rasa dia mmg berlakon je...attention seeker. Nak lakukan produk la tu..smalam ada terbaca komen dia kat ig dia,dia reply comment sapa ntah, dia cakap lebih kurang cmni "sekarang kan mmg trend buat benda bodoh utk popular" lebih kurang gitu la bunyi nya so iols assume dia mmg nak perhatian netizen je..nak kata sakit hari tu time live dia siap gelak dgn member dia ke sapa ntah pastu kata "aku suka tgk dorang ni (merujuk kpd netizen yg gelabah)" so iols assume dia maksudkan dia suka tgk netizen maki2 sbb dia dah berjaya bodohkan netizen yg percaya dia ada masalah jiwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung jadi retis ramai org ambil berat. Kat luar sana berlambak yg perlukan moral support  tp hadapi sorang2. Harap dia ni bkn la attention seeker semata mata  
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 11:52 AM | Show all posts
alhamdulillah ada orang besar ambil perhatian. dia perlukan sokongan. sekalipun dia buat benda bodoh utk mendapat perhatian, hakikat yang nyata, dia memang bermasalah. orang yang matang, sekalipun dia tahu perkara bodoh akan dapat perhatian netizen, dia takkan buat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 28-12-2017 11:26 AM
Bazir duit rakyat bayar gaji mufti tapi sentuh isu remeh.

Isu remeh apa.oklah at least dia nak menolong
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Telolet replied at 28-12-2017 10:45 AM
dalam banyak2 mufti iols paling suka mufti ni. heols nampak ala2 bapak gitu dalam menegur.
cakap p ...

I pun sama suka dengar cara dia bercakap.2 thn lepas attend ceramah dia.sejuk dengar kata2 dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058852 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list