View: 2178|Reply: 5
|
Negara Lain Dah 2018, Tapi Mereka Masih Di Kurun.. - Apa Dah Jadi?
[Copy link]
|
|
Kita sudah berada di hari ketiga pada tahun 2018. Tiadalah yang luar biasa. Tapi tahukah anda, ada sembilan negara yang tidak menyambut tahun 2018?
Ini kerana mereka ada kalendar dan kepercayaan sendiri.
1) 2561 tahun di Thailand
Secara rasmi, Thailand mengikut kalendar lunar Buddha, dengan kronologi bermula dari saat Buddha mencapai nirvana. Sebab itu tahun ini adalah 2561 di Thailand.
Eh! Lagi ‘advance’ pula. Tapi jika anda berkunjung ke sana, mereka sebenarnya masih gunakan calendar ‘Gregorian’ khusus untuk aktiviti pelancongan.
2) 2011 tahun di Ethiopia
Berbeza pula di Ethiopia yang baru saja menyambut tahun 2011, yakni 7 tahun ke belakang.
Lagi satu yang aneh, Ethiopia ada 13 bulan dalam setahun iaitu 12 bulan mempunyai 30 hari manakala bulan terakhir pula sangat pendek, hanya 5 atau 6 hari sahaja.
Keanehan terakhir iailah kalendar mereka tidak bermula pada tengah malam tetapi pada waktu matahari terbit. Ia berdasarkan kalendar purba Alexandria.
3) 5778 tahun di Israel
Hanya yang pelik-pelik di Israel. Menggunakan kalendar Ibrani membuatkan negara ‘penjajah’ ini sudah berusia 5778 tahun!
Kalendar Ibrani sebenarnya bermula dengan bulan baru pertama pada 7 Oktober 3761 SM. Satu jam bermaksud 1,080 bahagian iaitu adalah 76 saat bagi setiap bahagian.
4) 1439 tahun di Pakistan
Sangat menarik sebab Pakistan gunakan Kalendar Islam sebagai kalendar rasmi. Bermula dari Hijrah iaitu tarikh Nabi Muhammad dan pemindahan Muslim pertama ke Madinah (622 AD).
Selain itu, permulaan hari pula adalah pada waktu matahari terbenam dan bukannya pada tengah malam. Tempoh setahun dalam kalendar Islam adalah 10-11 hari kurang daripada tahun solar.
5) 1396 tahun di Iran
Gabungan kalendar solar astronomi dan kalendar Islam ini dicipta oleh sekumpulan ahli astronomi termasuk penyair terkenal Omar Khayyam.
Patutlah setiap bulan tetap pada musim yang sama.
6) 1939 tahun di India
Lagi jauh ketinggalan nampaknya India kerana Kalendar nasional mula diperkenalkan pada tahun 1957.
Lagi berkecamuk apabila pelbagai bangsa dan suku menggunakan calendar mengikut kepercayaan masing-masing seperti bermula tarikh kematian Krishna (3102 SM) dan ada juga yang mengikut kalendar Vikram pada tahun 57.
7) 30 tahun di Jepun
Pelik kan? Negara maju tetapi baru 30 tahun. Ini kerana terdapat 2 buah kronologi iaitu pertama bermula dengan kelahiran Nabi Isa dan yang kedua pula berkisar pada pemerintahan Maharaja Jepun.
Di kebanyakan dokumen rasmi, 2 tarikh digunakan: satu menurut kalendar Gregorian dan satu mengikut era semasa di Jepun.
8) 4716 tahun di China
Gunakan kitaran astronomi planet Musytari sebagai kalendar, negara China dianggarkan sudah berusia 4716 tahun!
Musytari mengelilingi Matahari selama 12 tahun membuatkan orang China percaya 12 ekor haiwan menguasai setiap tahun.
9) 107 tahun di Korea Utara
Negara ditaktor ini pula baru berusia 107 tahun. Ia sempena kelahiran Kim Il-sung, (pengasas Korea Utara dan presiden kekal negara itu) pada tahun 1912. Rasa macam tak percaya tapi itulah kebenarannya.
Ada yang terlalu laju sehingga usia bumi 5000 tahun dan ada juga yang baru puluhan tahun. Apa pun, setiap orang mempunyai kepercayaan masing-masing. Raikan perbezaan. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh.. sy baru tahu. info yg menarik |
|
|
|
|
|
|
|
wah baru tahu...................... |
|
|
|
|
|
|
| |
|