Kebiasaannya bila sebut sahaja ladang lavender, anda pasti teringatkan negara Perancis. Namun kini tak perlu ke sana, boleh melawat lokasi yang lebih dekat iaitu di Australia!
Ladang Lavender Bridestow terletak di Tasmania, Australia. Penerbangan mengambil masa selama 10 jam dari Kuala Lumpur ke sini tapi mungkin bagi sesetengah daripada anda 10 jam dah cukup lama, kan?
Foto: Bridestow Lavender FB
Namun, percayalah apa yang menanti anda di Tasmania sungguh berbaloi! Ada banyak sebenarnya tempat menarik yang anda boleh lawati di sini.
Misalnya selepas melawat Tasmanian Devil, anda bolehlah ke sini menghirup udara segar dan wangi yang datangnya dari bunga lavender. Tak cukup dengan itu mestilah nak bergambar sakan di sini! Memang sangat menarik, boleh tayang di Instagram!
Foto: Bridestow Lavender FB
Setelah penat bersiar-siar di ladang ini anda boleh turut menikmati sajian berasaskan lavender seperti aiskrim, pancake dan juga juga menghirup secawan teh segar.
Foto: Bridestow Lavender FB
Jangan lupa beli pelbagai cenderamata yang dijual buat yang tersayang. Ada lilin, aromaterapi, sabun dan banyak lagi yang sememangnya bagus!
Foto: Bridestow Lavender FB
Banyak khasiat lavender antaranya boleh mengubati insomnia, mengurangkan tekanan dan juga memperlahankan proses penuaan.
Tahukah anda lavender juga terdapat dalam warna putih? Namun disebabkan ia tidak mengeluarkan bau, maka hanya ladang lavender berwarna ungu yang anda boleh lihat sekarang.
Teringin nak pergi tak? Jom sekali! -CARI |