View: 29683|Reply: 158
|
rumahtangga goyang sbb LAKIKU PLAYBOY, what to do?
[Copy link]
|
|
1. Pada 13hb Mac 2017 saya membuka email suami saya, dan menjumpai file whatsapp antara suami saya dan seorang perempuan. Whatsapp tersebut dapat disimpulkan bahawa suami mempunyai hubungan dengan perempuan F dari bulan November 2015 sehingga tarikh yang tak dapat dipastikan.
2. Didalam perbualan whatsapp tersebut didapati suami saya ber dating, berkaraoke, bermain bowling, mereka turut berciuman dan berpelukan. Ada perbualan dimana suami meminta perempuan F membawa kain ketika keluar bersama. Mereka turut berkongsi gambar yang mengghairahkan.
3. Saya telah menghubungi F dan dia mengatakan dia sudah lama block suami saya di telefon setelah mendapat tahu suami saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Perempuan F juga berkata dia tidak pernah cintakan pun suami saya,suami saya yang tergila-gilakan dia.
4. Ketika saya bersemuka dengan suami mengenai perkara tersebut, dia mengatakan dia tidak bahagia dengan saya dan meminta saya untuk berubah menjadi isteri yang lebih baik, dia juga mengatakan saya buat dia seperti kuli.
5. Selepas dua hari kejadian, saya menjumpai lagi message suami dengan perempuan E dan beberapa lagi perempuan lain. Mereka bertemu di wechat. Dan saya jumpa gambar perempuan-perempuan yang tidak memakai tudung, bersinglet yang dihantar ke suami saya. Suami saya turut memberikan duit kepada perempuan-perempuan tersebut.
6. Jumlah skandal perempuan yang saya dapat temui adalah seramai 6 orang. Tetapi suami saya mengaku dia hanya berjumpa dan berdating dengan perempuan F sahaja, yang lain hanya di wechat dan whatsapp.
7. Semua kejadian tersebut adalah dari tahun 2014 hingga ke tahun 2016. Pada tahun tersebut kami PJJ kerana suami kerja offshore. Pada tahun itu juga saya mengandungkan anak kami yang kedua. Maka suami saya berskandal ketika saya mengandung hingga anak berusia hampir 2 tahun. Saya mengandung tanpa suami disisi, pergi checkup di hospital dan menguruskan rumah tangga tanpa bantuan suami yang jauh, tetapi saya tidak pernah merungut kerana ingatkan suami ikhlas dalam rumahtangga kami.
8. Saya mengambil keputusan untuk memaafkan suami dan cuba untuk memperbaiki hubungan kami kerana anak-anak, ingin saya kongsikan disini suami seorang lelaki yang bertanggungjawab, dia tidak pernah memukul saya dan memberi nafkah. Anak-anak juga sangat rapat dan sayang pada suami saya. Keluarga saya juga sayang pada suami saya.
9. Saya turut meminta dilepaskan dan meminta suami untuk keluar rumah, namun suami saya menangis dan minta diberi peluang.
10. Namun, pada bulan puasa tahun 2017 saya menemui perbualan whatsapp suami saya dengan perempuan N. Didalam itu suami memburuk-burukan saya. Bila saya bersemuka suami meminta maaf dan berjanji tidak akan menghubungi perempuan N lagi sekali.
11. Saya turut menemui perbualan suami saya dengan kakak angkat dia bernama R. Suami mengadu yang dia stress hidup dengan saya.
12. Sekali lagi saya minta dilepaskan, dan saya rasa suami berhak mencari kebahagian dia sendiri tetapi dia enggan kerana masih sayangkan saya dan keluarga kami. Sehingga sekarang suami melayan saya dengan cukup baik dan dia cuba untuk memperbaiki hubungan kami. Dia turut membawa kami sekeluarga melancong keluar negara.
13. Persoalannya sekarang, apa langkah yang perlu saya lakukan, apa jalan yang perlu saya ambil. Terus terang saya katakan sudah hampir setahun saya berendam air mata, dan kepercayaan saya pada suami musnah sama sekali. Hati saya cukup terluka sehingga saya tidak nampak jalan untuk berbaik. Depan semua orang, saya berpura-pura bahagia dan tiada siapa yang tahu masalah kami. Diluar kami kelihatan family yang perfect.
I ni aktif je dalam Cari dah dekat 5 tahun tapi SR je,so i feel like asking opinions from uoll since i lagi senang nk ask many opinion from peole that dont know me personally oh yes we've been married for 10 years, so i truly appreciate feedback |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg hubby tt nak tt ubah??? Penampilan ke perbuatan??? Dah byk kali dah bagi peluang tp dia masih begitu juga... pikir dia punya bahagia je.tt punya bahagia mcm mana....TT sendiri boleh ke hidup tanpa di sisi?? |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki kalau dah kaki perempuan ni, memang susah nak berubah..
kecuali kalau dah sakit nak mati..
kalau u rasa nak cuba terus bersama, suruh laki buat taklik..
kalau dia ada hubungan dengan perempuan lain dan burukkan u kat skandal beliau, maka jatuh talak..
make sure masa dia lafaz taklik tu ada saksi..
ataupun buat taklik bertulis pastu sign..
pasal taklik ni maybe u boleh refer ke pejabat agama untuk lebih info..
tapi kalau u rasa enough, minta dia lepaskan u dengan baik..
kalau dia tak nak, u boleh minta fasakh..
bagi segala bukti kecurangan dia (email wasap segala bagai tu)..
jangan pergi pejabat agama untuk failkan cerai..
tapi terus pergi ke mahkamah syariah..
cerai atau tidak, hanya u yang mampu fikir apa keputusan u..
dan yang penting, ada support dari family dan kawan-kawan..
so that u rasa kuat untuk hadapi perceraian..
good luck.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia kata i ni isteri yang tak baik lah pada dia, tak layan dgn baik tak buat breakfast tp i ni keje, gi ofis pagi buta balik dh malam,takde maid pun,semua buat sendiri
Rasa nk minta kaunseling pejabat agama,tp ok ke? dgr kata pejabat agama bias towards laki |
|
|
|
|
|
|
|
ye itu yg i takutkan, takut laki taknak berubah, dia minta diberi peluang
kat luar xde sape tau dia ni kaki permpuan, nmpk bos yg berwibawa, pekerja cemerlang
i ni cantik giler kot, highly educated
pompuan2 yg dia gilerkan tu pangkat N17 je! pakaian pun x se cun i, ini dia yg ngaku sendiri, i lagi cantik lagi menawan bagai, dan ramai kawan2 ckp beruntung dia dpt i
semua bukti i dah simpan, dan i forward melalui email dia sendiri so harap bukti itu kukuh
i ok je financial, boleh je nk upah lawyer mahal2
cuma skrg ini hati dan perasaan, sayang tak penah hilang,cuma keprcayaan 0
|
|
|
|
|
|
|
|
fourleafclover replied at 5-1-2018 12:35 PM
dia kata i ni isteri yang tak baik lah pada dia, tak layan dgn baik tak buat breakfast tp i ni keje, ...
Kalau pergi pejabat agama sah2 die nasihatkan u benti keje ape sume supaya dpt spend masa dgn lelaki, which is beratkan side lelaki je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Fourleafclover, you are lucky. Dlm ramai2 suami dlm dunia ni, ur suami sayangkan keluarga dan beri nafkah zahir dan batin. Syukur byk2.
Penyakit suami mcm tu hanya boleh diubah jika tuan punya badan rasa nak berubah. Dia berubah jika Allah suntikkan dlm dirinya utk berubah. Maka, mohonlah kpd Allah. Doa byk2 agar Allah ampunkan dosa2 suami dan agar dia tinggalkan dosa2 tu serta berubah menjadi seorang lelaki yg soleh. Nak Allah makbulkan doa kita? Kita dekatkanlah diri kepadaNya. Fahamkan?
Tu je la yg akak boleh nasihatkan. Semoga akan terbit ketenangan di hati TT dan rumahtangga TT satu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
i ni cantik giler kot, highly educated
pompuan2 yg dia gilerkan tu pangkat N17 je! pakaian pun x se cun i, ini dia yg ngaku sendiri, i lagi cantik lagi menawan bagai, dan ramai kawan2 ckp beruntung dia dpt i
ni ayat manis dia nak sejukkan hati u
dia tau kelemahan u
entah-entah belakang u dia buat dialog sama edit sikit je
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prettyuglybabe at 5-1-2018 03:01 PM
dear.. tak perlu nak look down kat perempuan lain..
buang la perasaan aku cantik gila pandai gila kerja bagus gila gaji besar gila gila gila gila..
belajar merendah diri..
mungkin sikap 'aku paling bagus gila' u juga jadi punca laki u cari lain..
maybe perempuan pangkat N17 je tu pandai bawa diri walau tak cantik gila macam u..
walaupun berbaju tak semahal gila dan tak secantik gila macam baju u..
so itu yang laki u pandang pada mereka walaupun ada bini segala-galanya gila..
oh.. i edit untuk tambah pesanan ni..
baca post i ni dengan nada biasa tau
i cuma bagi pendapat or nasihat ala-ala borak santai..
jangan baca dalam nada marah ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya.. ni susah nak ubah, dah tabiat playboy
Buat2, minta maaf, buat lagi dan lagi..
I takut dia ada sex bebas, wife risiko kena jangkitan
For me, baik blah.. sorry |
|
|
|
|
|
|
|
I agree dgn forumer pasal taklik. U may give him another chance but on the same time secure ur position as well. Taklik is the one.
Dia buat lagi,jatuh talak. Thats it. |
|
|
|
|
|
|
|
taklik je sister. apa hal duk burukkan u? nak skandal2 jela, apahal nak kutuk2 u pulak? dasar laki takde self confident, ngorat pempuan dgn cara tarik simpati. bini i busuk bini i tak pandai jaga i bini i tak basuh berak i bla bla bla
i ni cukup pantang orang kutuk belakang.
i one of the girls yg suami org nak ngorat tapi burukkan bini dia depan i.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana la ang tahan bertahun..jgn bagi peluang lgsg masa kesalahan pertama..tu kalau aku lah.. aku loyal nak mampos..khianat sikit pun rasa mcm dunia nak kiamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
joy_ah replied at 5-1-2018 01:44 PM
taklik je sister. apa hal duk burukkan u? nak skandal2 jela, apahal nak kutuk2 u pulak? dasar laki t ...
Sokong for takliq. Tambah syarat tu. Klu dia syg tt,mesti dia setuju. Selain tu, tt dekat kan diri pd Tuhan.
Kdg2 org mcm ni x igt setiap perbuatan ade blsn. D buatnya slh perempuan yg dia flirt tu racunkan suami tt, ke santau ke sbb sakit hati..x kes naya ke?
U olls pun ade anak, in future klu ade org lain buat kat anak2 u olls mcm ni suke x? X kena kt kite, kena kt anak cucu..dunia akhir zmn ni semua cash sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Having good appearance tak menjamin laki u dari menggatal tgk ppuan lain dear.. mungkin layanan ppuan tu much better than u atau apa yg takde pada u ada pada pempuan lain. kalau mmg sah laki u ada habit menggatal which is susah nak tinggal so u better take action as above suggestion, issue taklik atau fasakh |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 5-1-2018 01:28 PM
dear.. tak perlu nak look down kat perempuan lain..
buang la perasaan aku cantik gila pandai gila ...
Agak setuju dengan statement ni. Jgn look down org lain. Mungkin dekat pihak kita ada kekurangan, suami cakap macam tu untuk sedapkan hati puan ja. Maaf ya |
|
|
|
|
|
|
|
lately byk pulak thread kesah isteri dicurangi ala2 gini...masing2 mengaku diri cantik kerja bagus pulak tu. harap2 bukan org yg sama aka si jenie gile lupa makan obat |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni boleh jd a loop actually ye. Isteri marah suami curang. Cerai. Cari lelaki lain. Tersayang kat suami org. Where do we go from there? Ya. Bila dah tersyg suami org, kita pandai pula justify ourselves. Kita tk ingat dh perempuan2 perampas yg kita kutuk dulu.
Tt masih sayangkan suami? Kalau sayang, bertahanlah. Tu je. U nak cari suami perfect, takkan jumpa. U sendiri tulis, his good deeds byk. Kelemahannya satu tu je la. Bila jumpa kekurangan suami, isteri mudah lupa semua kebaikan suami. Kena hasut kiri-kanan walhal agama ajar dah semua tu. Kita wanita jgn fikir byk sampai kusut kepala. Solusinya mudah. Redha je perangainya mcm tu. Itu dosa antara dia dgn Allah. Selagi suami laksanakan tanggungjwb kpd keluarga, kita taat je la kpdnya. Lantak dia la nk buat apa kt belakang kita. Ni la jd bila cari salah org... nk check2, nk spy2. Last2 diri sendiri merana. Hati kita lembik sbb dh lama kena main dgn novels n movies yg end with happily ever after. Padan muka kita kan?
Tt, inilah ujian rumahtangga awak. Hadapilah dgn sabar. Ada hikmahnya, percayalah. Betapa mudahnya para isteri utk masuk syurga tp kita dah terlalu di'feminist'kan. Kita nk hati suami. Kita lupa kita tiada upaya pun utk pegang hatinya.
For now, kita muhasabah diri. Mana perangai kita yg tk elok tu, ubahlah. Rendahkan diri, bersihkan peribadi. Ni ada artikel. Bacalah. Semoga semua mendpt manfaat.
https://www.google.com/amp/s/cariredhailahi.wordpress.com/2014/03/17/8-sebab-membatalkan-janji-syurga-kepada-isteri/amp/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sorry you nak tanye... taklik ni kena ada evidence ke? maksud i, boleh ke suami lafaz taklik tapi antara suami isteri tanpa saksi atau written document? What if in future, kalau suami buat perkara yg di taklik kan tu dan suami tak mengaku pernah lafaz taklik...
Since i ada kawan yg buat lafaz taklik if suami kahwin lain jatuh talak... tapi now suami dah kahwin lain then the husband tak mengaku pernah lafaz taklik tu... tak de saksi & no written doc...
|
|
|
|
|
|
|
|
matchstick replied at 5-1-2018 02:54 PM
lately byk pulak thread kesah isteri dicurangi ala2 gini...masing2 mengaku diri cantik kerja bagus p ...
Hahahahaha.adoi. cantik tu dh sama |
|
|
|
|
|
|
| |
|