Suka makanan berkeju? Jika ya, anda harus datang ke Restoran Cheese Banjir untuk segala-galanya berkaitan keju!
Oh, tidak! Bukan keju sahaja, durian pun ada di sini! Memang kena dengan selera 'hantu durian' lah nampak gayanya.
Menurut My Makan TV, restoran ini juga merupakan "The First Meatza in Malaysia". Meatza adalah piza yang mana dasarnya bukan doh, sebaliknya menggunakan daging. Terdapat lapisan keju Mozarella di tengah-tengah piza selain hiasan (topping) yang luar biasa kejadiannya.
Peminat keju atau durian kena cuba!
Foto: SAYS/MYMAKANTV
Bukan itu sahaja, ada Milo kaw dengan krim keju serta durian di atasnya. Memang layan habis! Kalau nak terliur lagi, boleh tengok My Makan TV. Tak sah kalau tak tengok berulang kali.
Beraneka pilihan yang menggoda selera
Selain Milo, boleh juga pilih topping keju dan durian di atas Nescafe, teh, kopi, bandung soda atau jus buah-buahan. Peminat tegar durian memang tak lena tidur kalau tak cuba semua ini.
Foto: mStar Online
Tengok gambar saja, dah terbayang keenakannya
Foto: MyMakanTV
Eh, kalau tak suka durian, boleh pilih taburan Cheese Misai yang cukup menyelerakan. Minuman ditambah buih krim keju dan ditaburkan dengan keju Mozzarella! Pencinta keju memang tak senang duduk kalau belum cuba, tau.
Restoran ini dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam, isnin hingga jumaat. Manakala sabtu dan ahad dari 11 pagi hingga 10.30 malam.
Alamat: Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur (bersebelahan Shell Out Desa Pandan)
Apa salahnya ubah selera sesekali, kan? Pisang goreng cheese dah try, sekarang masa nak minum bandung soda durian pula. Fuh, terangkat! - CARI
|