|
Ramai yang seakan teruja dan dalam masa yang sama berasa gusar bila ramalan cuaca menunjukkan suhu di Lembah Klang pada masa ini menurun sehingga menjadi 22 darjah celcius.
Mereka mula bimbang adakah ia petanda kepada cuaca sejuk melampau bakal melanda negara ini?
Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) telah menafikan ramalan tersebut.
Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.'
Malah beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah celcius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Januari), namun kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.
"ada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.
"Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa," katanya.
Foto Awani
"ernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.
"Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup," jelas beliau lagi.- CARI |
|