View: 2134|Reply: 11
|
Eww! Macam Dah Tak Ada Makanan Lain, Wanita Ini Ketagih Bulu Kucing
[Copy link]
|
|
Manusia sememangnya memerlukan makanan untuk hidup. Makanan juga dibentuk oleh budaya dan keadaan geografi setempat. Contohnya kita di Asia kini lebih cenderung untuk menjadikan makanan ruji seperi nasi kerana beras mudah didapati.
Namun keadaan sangat berbeza bagi Lisa, berumur 49 tahun dari Detroit, Amerika Syarikat yang memakan benda sangat pelik dan boleh dikatakan luar dari norma manusia. Punyalah banyak makanan kat Detroit tu, dia berselera memakan bulu kucing!
Umm... Nyum nyum nyum!
Sumber: dailymail.co.uk
Seperti kehidupan manusia lain, kita menjalani aktiviti seharian kita dengan penuh tertib. Begitu juga dengan Lisa.
Dalam setiap 2 jam sekali, Lisa akan mencari kucingnya untuk dibelai. Sesudah digomolnya, Lisa akan menjilat kucingnya. Bayangkan ibu kucing dan anak kucing, begitulah rupanya Lisa dan kucingnya.
Sumber: gawker.com
Lisa akan menjelirkan lidahnya sepanjang yang mungkin ke arah kucing peliharaannya. Dimulakan dengan kepala kucing perlahan-lahan menghala ke seluruh badan.
Namun begitu, oleh kerana Lisa seorang yang sangat mementingkan “kebersihan”, Lisa tidak akan menjilat kawasan dubur dan kawasan kaki kucing kerana berpendapat bahawa kawasan itu adalah kotor.
Sumber: giphy.com
“Saya ketagih bulu kucing,” katanya mengakui yang rasa bulu kucing sangat unik. Tabiatnya itu sudah bermula semenjak 19 tahun lalu. Tidak cukup dengan menjilat bulu kucing, Lisa juga mencari “snek” pilihannya di sekeliling rumah termasuk di lantai, atas sofa. Tabiatnya membuatkan Lisa rasa rapat dengan haiwan peliharaannya.
Sumber: dailynewsdig.com
Apabila ditanya apa rasanya bulu kucing? Lisa menyatakan yang mengunyahnya sangat menenangkan. Apabila diminta mengulas berkenaan rasa dan tekstur bulu kucing tersebut, Lisa mengibaratkan seperti memakan gula-gula kapas.
Apabila menerangkan berkenaan makan bulu ini, Lisa menyamakan proses ini dengan memakan gula-gula getah. “Saya mengunyah sedikit di dalam mulut. Keluarkan dan bermain-main dengannya dan masukkan semula dalam mulut”.
Sumber: catsparella.com
Menurut Dr. Andre Fedida, seorang doktor gastroenterologis dari New Jersey (beliau tidak merawat Lisa) berkongsi denganHuffington Post, kemungkinan Lisa mengalami sindrom trichobezoa iaitu sebahagian besar gumpalan rambut wujud dalam ruang pencernaannya dan perkara ini selalu terjadi dengan orang yang mempunyai masalah psikiatri atau masalah perkembangan otak. Beliau juga mempunyai ramai pesakit seperti Lisa dan majoritinya adalah wanita.
Sumber: animalsadda.co
Jika anda mempunyai sindrom sebegini, jangan bertangguh. Berjumpalah dengan yang pakar sebelum wujud masak lomak cili api bulu kucing parsi. Ewww!! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nice. Mesti pmpuan ni tak kisah kalau bulu pubis partner dia semak samun tak shave
+1 disitu |
|
|
|
|
|
|
|
"Lisa seorang yang sangat mementingkan kebersihan"
mcm xkene je ayat di atas dgn habit dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis penyakit mental rupanya, tambah pulak bila dah banyak bulu ditelannya mau jadi masaalah buat ususnya nanti betul2 tambah penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sheols kena makan rumput utk muntahkan bulu kucing tu |
|
|
|
|
|
|
|
Meh la datang rumah. Boleh tolong jilat bulu kucing iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dear! First time aku dengar ketagihan yg cam gini{:hero |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jemput akak ni dtg jilat kucing2 aku ni hahahahaha{:run |
|
|
|
|
|
|
|
Namun begitu, oleh kerana Lisa seorang yang sangat mementingkan “kebersihan”, Lisa tidak akan menjilat kawasan dubur dan kawasan kaki kucing kerana berpendapat bahawa kawasan itu adalah kotor.
la kat situ x nk plk jilat ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|