Namanya meletup-letup sejak tahun lepas tapi tahun ini macam sendu sedikit. Kenapa agaknya dengan Khai Bahar?
Ramai yang bertanyakan soalan sama, walau bagaimanapun penyanyi ini mengakui yang dia tidak langsung berasa tertekan untuk mempertahankan popularitinya.
Foto: IG Khai Bahar
Khai, 23 berkata apa yang diterima sepanjang tahun lalu adalah rezeki dan tuah baginya.
"Saya tidak tertekan kerana apa yang saya dapat hari ini sudah tertulis.
"Saya tiada apa-apa strategi atau cara mempertahankan apa yang saya ada, saya hanya jalani tahun ini seperti yang sudah ditetapkan," katanya kepada mStar Online.
Foto: IG Khai Bahar
Dalam perkembangan yang sama, Khai pernah dipujuk Siti Nordiana untuk mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.
Dia tahu dirinya langsung tidak berbakat tapi sanggup mengambilnya sebagai satu cabaran.
Foto: IG Khai Bahar
"Saya tidak tolak tawaran tapi ia bergantung kepada pihak pengurusan kerana jadual kerja saya diatur oleh pengurusan.
"Kalau boleh memang teringin juga untuk mencuba bakat dalam bidang itu, walaupun saya tahu tiada bakat tapi Insya-Allah boleh belajar," tambahnya.Foto: IG Khai Bahar
Rupa dah ada okaylah tu kan? Siapa yang tak sabar nak tunggu Khai Bahar berlakon agaknya? -CARI
|