View: 1592|Reply: 9
|
'Naruto' Pun Boleh Bakar Kuih!
[Copy link]
|
|
Bermacam cara digunakan peniaga bagi meraih perhatian pengunjung selain melariskan jualan mereka.
Terbaru, Harian Metro melaporkan, beberapa pekerja di sebuah gerai kuih penganang mengenakan kostum karakter dari komik dan animasi bersiri Naruto.
Foto: Harian Metro
Menurut pengusaha gerai di Jalan Bukit Bayas di Kampung Gelung Bilal, Kuala Terengganu, Roslan Mustaffa, 50, idea itu diberikan anak sulungnya, Zarul Iqwan, 24.
Menurutnya, rancangan awal hanya membuat kelainan ketika berniaga sepanjang Ramadan. Bagaimanapun, mereka meneruskan kaedah berkenaan untuk mempromosikan gerai kuih itu ekoran percubaan awalnya mendapat perhatian ramai.
Difahamkan, gerai itu sudah diusahakan sejak 23 tahun lalu.
“Saya dan empat pekerja termasuk anak memakai kostum itu dan dalam usaha membeli kostum lain sebagai tambahan bagi kegunaan semua pekerja Ramadan nanti.
“Buat masa ini, saya mempunyai lima pekerja termasuk anak, tetapi setiap kali Ramadan bilangan pekerja bertambah hingga 12 orang dan ketika itu saya akan memberi mereka kostum ini untuk dipakai setiap hari.
“Kini hanya hari Sabtu saja mereka memperagakan kostum berkenaan kerana kelengkapan belum mencukupi,” katanya.
Tambah Roslan, kaedah itu menarik perhatian kanak-kanak dan golongan dewasa untuk membeli kuih di gerai mereka hingga mendorong beberapa pelanggan mengambil kesempatan untuk bergambar. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nnt time remdan kasi rambut tajam tajam bang |
|
|
|
|
|
|
|
Naruto dan goku dragonball bukak gerai kuih sama2 |
|
|
|
|
|
|
|
unik mmg unik tapi berlecah la ketiak |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik ko Konoha Village versi nusantara! |
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 23-1-2018 12:22 PM
Naruto dan goku dragonball bukak gerai kuih sama2
Eh haah, baru perasan hada Goku! |
|
|
|
|
|
|
|
naruto lah sgt....mcm ummah pprt kerak tgh masak je |
|
|
|
|
|
|
|
marketing..perlukan kelainan |
|
|
|
|
|
|
|
dia masak apetu? tempurung kelapa??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|