View: 2063|Reply: 13
|
Sepandai-pandai Melompat, Kena Tangkap Jua - Netizen Terhibur Dengan 'Pocong' Na
[Copy link]
|
|
Antara hantu tempatan yang sering menjadi bahan momokan adalah hantu pocong atau juga dikenali sebagai 'gula-gula' kerana bentuknya berbalut dengan kain kapan kusam dan melompat-lompat untuk bergerak.
Pendek kata, kalau orang mengatakan ada pocong pernah kelihatan di sesebuah kawasan, pasti ramai orang berasa takut ketika melalui kawasan tersebut dan seboleh mungkin cuba mengelak dari situ.
Berlainan pula dengan sekumpulan remaja dari Kedah ini yang pada mulanya hanya berniat ingin bergurau dengan membalut tubuh rakan mereka persis pocong.
mereka membalutnya dengan selimut dan melompat-lompat di sekitar kawasan kampung mereka di Kampung Padang Kunyit, Bukit Pinang.
Foto: Harian Metro
Malang sekali apabila kumpulan remaja ini ditahan polis yang sedang melakukan rondaan ketika itu. Apa yang membuatkan ramai netizen terhibur adalah pocong tersebut diarahkan untuk terus melompat walaupun telah ditahan polis. Haa.. itulah nakal sangat!
Video pocong itu tular di laman sosial dan meraih pelbagai respon netizen yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan kumpulan remaja terbabit insaf dan berjanji tidak akan mengulang perkara sedemikian. Bahkan, mereka berasa malu kerana ditahan polis sebelum cuba menyakat orang kampung dengan pocong palsu tersebut.
"Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini kerana sudah serik selepas ditahan polis," ujar remaja tersebut
Malah pihak polis juga menasihati mereka supaya elakkan bergurau sedemikian kerana boleh mengakibatkan orang terkena serangan jantung. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
amboiiiii nakallll nyaa... |
|
|
|
|
|
|
|
hishhhhhhh mmg x de kerje la ni................... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah mendapat jangan nakal2 lagi lepas ni harapnya |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha teringat dulu, abg abg aku dengan jejiran buat mcm ni mlm2.. vonggok betul |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal muka pocong tu mcm muka Faiz Roslan? |
|
|
|
|
|
|
|
terhibur?nakal?ni semua kebodohan. bkn hiburan, bkn kenakalan |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94: Apesal muka pocong tu mcm muka Faiz Roslan?
hahaha.. iols tgk pon mmg mcm faiz roslan.. ingtkn btul la.. rupanya org lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah
terhibur aku tgok kat 999 mlm tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Boys will be boys.
Nakal? Biasalah. Kalau tak nakal.......jadi Sajad pulak.
Tapi biasanya yang nakal nilah yang jadi orang one day.........
Contoh........kawan2 aku.
Ada yang jadi Doktor Pakar (smoker sama dengan aku masa form 4/5 dulu), prof (kena public caning masa sekolah dulu)......macam2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pocong tu menakutkan ke? Lembiknya orang takut pocong |
|
|
|
|
|
|
|
buatnya yang disakat tu kena heart attack, menangis x berlagu ramai2. |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe... kena denda... tu lah..nakal lgiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|