View: 4221|Reply: 5
|
Sampai Bila Mahu Berlagak?
[Copy link]
|
|
Sehari dua ini saya begitu terganggu dengan beberapa peristiwa yang memperlihatkan kesombongan seseorang. Dia yang saya kenal sejak sekian lama rupa-rupanya tidak pernah berubah. Ego dan lagaknya tidak kurang walau sedikit pun. Meskipun kedudukannya sekarang tidaklah sehebat dulu.
Benar, taraf dia dan saya bagaikan langit dan bumi. Saya hanyalah gagak di rimba sedangkan dia, merak kayangan. Saya tidak pernah cemburu dengan apa yang dia ada kerana pada saya itu sudah rezeki masing-masing.
Bagaimanapun, kata-katanya yang memandang rendah golongan marhain khususnya yang bekerja sendiri ini membuatkan hati saya terusik. Dia bagaikan mencabar saya untuk membuktikan bahawa saya juga mampu berjaya (mungkin ukurannya kaya raya).
Sedangkan bukan itu yang saya mahu. Saya memilih untuk tidak bekerja lagi kerana saya mahukan masa saya sendiri. Saya tidak mahu bekerja di bawah telunjuk orang lain. Saya inginkan kebebasan berkarya dan bekerja. Itu sahaja.
Tidak langsung terlintas di kepala saya untuk hidup kaya raya dan mempamerkan segala kekayaan dan kebahagiaan saya di laman sosial. Itu tidak perlu. Jadi, kepada dia atau sesiapa sahaja usahlah cuba membuat kesimpulan tentang hidup seseorang hanya berdasarkan statusnya di Facebook.
Kepada semua netizen, saya juga berharap agar kita dapat mengelak beberapa perkara di bawah ini supaya kita tidak mudah bersangka buruk atau memandang rendah pada seseorang.
1. Status di Facebook hanya 0.1% daripada kehidupan seseorang. Usah mudah membuat kesimpulan sama ada orang itu bahagia atau derita. Tidak wajar untuk kita cuba menilai orang hanya berdasarkan status di laman sosialnya.
2. Hidup anda dan orang lain tidak sama. Usah cuba jadi guru atau berasakan anda saja yang betul atau anda sahaja yang hebat. Manakala orang lain semua silap atau cikai.
3. Biarpun dia hanya menjual besi buruk atau bahan terbuang, tidak semestinya dia hidup susah. Usah pertikaikan cara orang lain mencari rezeki. Waima dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Jangan cepat sangat menghina. Allahyarhamah Datuk Maznah dulu pun pernah menjadi pengawal keselamatan di awal bisnesnya bertapak.
4. Usahlah lancang sangat menghina apa yang orang lain buat. Anda tidak berada di dalam kasutnya, jadi anda tidak tahu apa situasinya.
5. Jika anda pernah memberi dia sesuatu yang anda ingat ‘besar’ sangat, sebenarnya anda salah. Bukan anda yang memberi tetapi Allah yang memberi. Anda hanyalah asbab. Jadi, sama ada Allah mahu menarik balik atau tidak, itu bukan urusan anda lagi.
6. Setiap orang ada ‘up and down’ dalam hidupnya. Jadi, bila hendak mengata orang, fikirlah masa kita pula nanti. Simpanlah sikit kejian dan umpatan itu untuk diri sendiri kelak.
Mungkin ada yang sukar memahami perkara yang tersirat di sebalik artikel ini tetapi saya yakin, hal seperti di atas adalah sebahagian daripada kehidupan kita seharian. Ada kala kita rasa muak bila memikirkan sikap orang yang Allah berikan kesenangan tetapi gemar memperlekeh orang lain.
Semoga kita berbahagia dengan cara kita sendiri. Usah fikirkan cakap orang. Paling penting, kita tahu apa yang kita mahu. Jumpa lagi!
Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu suka sangat menghakimi orang lain dan suka bersangka2 lebih banyak membawa keburukan dalam masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
Orang sekarang walau alim dan bermain dgn kata2 serta ayat2 hadis segala kat wall fb dan sebagainya tetap aku tak pandang dan percaya sebab org mcm ni lah yang sgt sombong dan bongkak dia saja yg betul kononnya..
Jadi kat aku skrg. Konon nak banteras maksiat sebab aku enjoy life aku jenjalan hidup sendiri x dbalut dgn perkara joyah atau makcik2 bwang yg mbuatkn orsng alim kpg aku rasa tak senang. Satu kpg dia jaja bhawa anak dia kerja gomen pangkat tinggi tak tinggal solat. Wlaupun pangkat tinggi katanya adalah mustahil bgi anak dia vacay setahun dua tiga kali banding aku yg kerja cikai asek vacay dok kondo. Mesti dtaja katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Point no 5 tuh sy akn ingt... betul tuh kita hanya asbab, selebihnya bukan urusan kita lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok salah sifat semulajadi manusia adalah masa atas jalan raya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|