CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 0

China Lancar Laluan Penerbangan Baharu Tanpa Persetujuan Taiwan

[Copy link]
Post time 26-1-2018 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Susulan isu kontroversi pelancaran laluan udara baharu M503, W121, W122, dan W123, Taiwan bersedia berunding dengan China dalam usaha mengukuhkan keamanan dan hubungan diplomatik kedua negara itu.


Taiwan, dalam masa sama menggesa China untuk mengutamakan aspek keselamatan berbanding isu politik demi kesejahteraan sejagat, kata wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, H.E.Chang Ching-ping.




Foto: THE STRAITS TIMES



“Beijing melancarkan empat laluan penerbangan baharu tanpa rundingan dan persetujuan pihak berkuasa Taiwan.

"Keputusan sebelah pihak itu bukan sahaja melanggar kesepakatan antara pihak berkuasa Taipei dan pihak berkuasa China pada Mac 2015.

"Malah, ia seperti menyembunyikan agenda politik selain membahayakan keselamatan penerbangan dan mengganggu status quo di sepanjang selat Taiwan," katanya.


Ekoran itu, Taiwan menggesa China untuk menghentikan serta-merta segala aktiviti penerbangan yang menggunakan laluan terbabit bagi mengelak risiko keselamatan selat berkenaan terjejas.




Foto: Focus Taiwan




Chang bagaimanapun berkata, hingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas positif daripada China. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list