CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20268|Reply: 227

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun Maut didera oleh bapa dan ibu tiri.

[Copy link]
Post time 2-2-2018 06:04 AM | Show all posts |Read mode
Khamis, 1 Februari 2018 | 3:59pm




CARI












BAPA kepada mangsa dera ditahan pihak polis sebaik selesai proses bedah siasat berikutan terdapat kesan kecederaan pada mangsa di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. - Foto Hasriyasyah Sabudin








Bapa durjanaOleh Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

KONGSI ARTIKEL










Share










PORT DICKSON: Buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk adalah antara punca kematian seorang kanak-kanak, dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya.

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu, maut malam tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata kanak-kanak terbabit dipercayai dipukul dengan objek tumpul di rumah keluarganya di Taman Vista Jaya, Lukut, di sini.

"Mengikut siasatan awal, mangsa dikatakan dilihat tidak sedarkan diri oleh bapa kandungnya pada jam 11.30 malam. Bapa mangsa yang berusia 38 tahun itu cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.

"Dia kemudian menghantar anak keduanya itu ke HTJS untuk rawatan dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat pada jam 12.30 tengah malam.

"Pemeriksaan awal mendapati banyak kesan lebam pada tubuh mangsa. Bedah siasat mengesahkan punca kematiannya akibat kecederaan parah pada organ dalaman," katanya, di sini, hari ini.

Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.

"Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi ketika dia mahu mendidik mangsa," katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas selesai bedah siasat di HTJS hari ini dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman di mahkamah esok, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu ka ni...hilang mood baca kisah ni.......apa yang ko dera anak tu sampai rosak buah pinggang usus semua
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat sungguh .
Bapak from hell
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat la didikan bapak setan ni...sampai mati ank ko kerjakan
Bukan nak bela sgt ank tu, lebih pada nak siksa jiwa ex sj ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. kenapa la kejam mcm ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 07:18 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-2-2018 02:08 PM
Melayu ka ni...hilang mood baca kisah ni.......apa yang ko dera anak tu sampai rosak buah ping ...

Taraf lebih tinggi dari melayu biasa kerana dia memakai jubah hitam dan bersongkok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg ustaz ustaz dok bising klu mak nak amik anak klu bercerai.....
Kata mak ni penyibuk, dah tanggungjawab bapa jaga anak, kenapa ibu nak berebut hak penjagaan....

Aku nk carutkan je ustaz mcm tu.....
Knp tak tekankn bapak bapak cilaka bg nafkah? Biar mak yg bela.....ajar lah kaum kau tanggungjawab sebagai bapak....jgn asyik nk cari salah org pompuan je....

Hujung hujung akan kata ibu tunggal yg sara anak Allah bg pahala, bapak akan dpt dosa ....tu je lah ayat keramat.


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-2-2018 07:18 AM
Taraf lebih tinggi dari melayu biasa kerana dia memakai jubah hitam dan bersongkok.

Owh. ...baru perasan. ..pakai songkok. ...mak tiri jahat dan bapa ni patut dihukum cepat2. ..kanun kesiksaan 302. ...harap sabit kesalahan dan ke tali gantung...



Tiada maaf bagimu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendakwaraya yang lepaskan dia dolu sure maki pembunuh ni...ye ye je didikan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.


"Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi ketika dia mahu mendidik mangsa," katanya.



Mak budak ni tak bela anaknya ka atau memang budak tu dapat ke bapak? ?.....I tak.faham kenapa emak budak ni tak bela anaknya lepas ada kes kecederaan. ..?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Gantung aje bapa n mak tiri tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..dahla pernah ada kes dr thn lepas..mesti lama budak tu menanggung derita..
Semoga bapak dan mak tiri tu kena hukuman gantung sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:02 AM | Show all posts
InsyaAllah sibapa akan diberi pengajaran secukupnya dipenjara nanti.
Cell mate yang lain akan membalun sibapa secukup-cukupnya mungkin tak sempat nak kena bicara dah jadi aruah. Innalillah terlebih dahulu untuk si bapa.
Dalam penjara, dia orangpun ada code of ethics.............membalasah budak kecik hingga mati tragis is a NO...NO....
Harap pegawai penjara biarkan je sibapa kena belasah nanti. OK.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:05 AM | Show all posts
gilerr..
kejammm
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:27 AM | Show all posts
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.

"Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi ketika dia mahu mendidik mangsa," katanya.



pernah kena tahan tapi dilepaskan sbb alasan mendidik? mungkin dah kena strict akta kanak2 mcm kat sweden tu haa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 08:41 AM | Show all posts
noor2 replied at 2-2-2018 07:31 AM
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu ...

mak dia mesti menyesal pasal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:42 AM | Show all posts
Amboi pakcik nak mengajar anak cara kasar melampau ni. Tak bagi kebaikan kat budak tu pun, malah kau yang rugi dan dapat pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:43 AM | Show all posts
pergi mahkamah jer pakai lebai pakai jubah,  mcm jilake penjenayah2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:48 AM | Show all posts
akak prejudis kenapa ye boleh lepas2 cmtu je kerana mendidik mangsa? patut terus refer pada hospital? takkan guna testimoni ayah sendiri tukang dera ? takkan pendakwa raya tak de  SOP untuk refer hospital?

sedihnya. kalau aku dapat jantan ni aku pijak hidup2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.601415 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list