CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9590|Reply: 48

10 Watak 'Anime' Jepun Popular Sepanjang Zaman - Cuba Teka Nombor 1, Siapa?

[Copy link]
Post time 14-2-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Mereka yang membesar di zaman 80-an dan 90-an pastinya akan mengingati 10 karektor animasi dari Jepun ini.

Maklumlah, dulu-dulu cuma televisyen sebagai sumber telekomunikasi yang menghubungkan kita dengan dunia luar.

Tidak hairanlah jika watak-watak comel ini diingati sampai sekarang.


Jom kita semak carta superhero Jepun yang dikeluarkan oleh Goo Ranking, memetik Nextshark.


Mana tau ada yang tak kenal.




10. Sailor Moon
Siapa yang masih ingat tag line manga ini? “Dengan kekuatan bulan, aku akan menghukummu” nampaknya berjaya memecah tembok hero lelaki.

9. Godzilla
Tersenarai antara yang popular – watak cicak Godzilla iaitu dinasour yang menjadi budaya popular di Jepun, apatah lagi  ia pernah difilemkan pada 1954.

8. Gundam
Netizen Jepun telah mengundi Gundam sebagai karektor yang kelapan popular hingga ke seluruh dunia. Robot popular ini telah diterbitkan dalam bentuk manga, anime dan juga filem. Malahan cenderahati Gundam dijadikan ‘wajib’ jika berkunjung ke negara matahari terbit itu.

7. Totoro
“My Neighbor Totoro” adalah haiwan rekaan berasaskan rakun, kucing dan burung hantu. Wataknya yang comel membuatkan ramai tak sabar memeluk bantal Totoro.




6. Goku
Bermula pada 1986, Goku mendominasi kaca televisyen. Watak super Saiyan yang dimilikinya dalam dragon ball adalah igauan ramai kanak-kanak sezamannya.




5. Hello Kitty
Ini memang sangat popular di seluruh dunia hingga ada taman tema khusus untuk peminat watak kucing ini.

4. Anpanman
Karektor utama dalam buku bergambar kanak-kanak ini antara yang laris di pasaran sejak tahun 1973 lagi. Ia diteruskan dalam bentuk buku dan anime selama 40 tahun sebelum penciptanya Takashi Yanase mati pada tahun 2013.

3. Super Mario
Siapa saja yang boleh melupakan watak tukang paip yang paling popular di dunia kan? Mario mencipta fenomena hingga ia dijadikan hero dalam permainan video dan ia menjadi budaya popular lebih 30 tahun.



2. Pikachu
Ramai yang terkejut Pikachu mendapat tempat kedua, memandangkan ia watak comel yang sangat popular dalam ‘Pokemon’. Taglinenya ‘pika..pika’ ini sangat ‘hot’ pada zamanya.

Jadi, siapakah yang mendapat tempat pertama? Tak lain tak bukan – kucing robot yang takutkan tikus!

Semua foto: Carian internet


1. Doraemon
Watak Doraemon, kucing robot yang datang dari masa depan untuk menolong pelajar cuai, Nobita sangat mencuit hati. Apatah lagi segala barang ajaib yang dikeluarkan dari poketnya sangat membuka minda kanak-kanak.

Setujukah anda dengan carta tersebut? Atau ada lagi watak ‘anime’ Jepun yang tertinggal? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 12:53 PM | Show all posts
Tomatoman tak masuk chart ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 12:54 PM | Show all posts
Tetap si Doraemon dalam poket macam2 harta karun ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:14 PM | Show all posts
Doraemon dulu kini selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Doraemon!!! My bestie ever~~~
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sailormoon.. kartun peberet zaman budak dulu2.. Doraemon smpai skrg pun dok layan lg ngan anak2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ultraman?kamen rider?jetman?anpanman xdela feymes sgt kt msia ni..huhu..tp doremon mmg worldwide laa,merentasi masa gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 02:42 PM | Show all posts
an an an...saya suka sekaliii....
dorae...monnnn

versi lagu kat tv indonesia. yang pernah aku dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 14-2-2018 12:53 PM
Tomatoman tak masuk chart ke?

Tomatoman
Tomatoman
Tomatomannnnn

Hahahahha
X popular.sgt.kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tomato man.
Shin chan x masuk dalam list ka? Ehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:36 PM | Show all posts
Doraemon memang best.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dash Yankuro?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:44 PM | Show all posts
doraemon di hati!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan datang bulan akan menghukummu
True, girls lebih kejam time menses

Ranma 1/2 takde dalam list. Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:00 PM | Show all posts
Naruto xde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sailormoon dragonball doraemon semua layan masa kecik. Hello kitty ada komik ke? Or kartun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua anime yg ada meols layan sampai skang Btw Slam Dunk, Bleach, Samurai X, Ninja Boy, Hamtaro x dak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 07:25 PM | Show all posts
toriton bukan jepun ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Stuju pary doremon... Smpi dah tua skrg still tgk
{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbenarnya dragon ball ada tujuh bijik smuanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.066274 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list