CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2869|Reply: 20

[Tempatan] Majikan India hantar bibik Indon menunaikan umrah

[Copy link]
Post time 19-2-2018 12:32 AM | Show all posts |Read mode
BAHAU: "Sepanjang 15 tahun menjadi pembantu rumah bagi keluarga Datuk L Manickam, saya dilayan keluarga sendiri," kata wanita warga Indonesia, Sama Sokah, 49.

Beliau bersyukur kerana kerana tugas dan peranannya sentiasa dihargai keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jeram Padang itu.

Sama berkata, kes penderaan yang menimpa pembantu rumah warga asing terutama dari negara asalnya, tidak menggambarkan keseluruhan sikap majikan di negara ini.

"Saya gembira bekerja di sini... majikan saya dan keluarga sangat baik. Beliau pernah membiayai umrah saya pada Disember 2016 walaupun sepatutnya saya ke Tanah Suci pada 2014 tetapi ditipu ejen," katanya.

Sama yang berasal dari Kampung Subang, Bandung, Indonesia berkata, Manickam terpaksa mengeluarkan duit tambahan bagi memastikan hasratnya menunaikan umrah tercapai, malah majikannya itu sanggup turun ke Jakarta menyelesaikan masalah yang berlaku.

Sama dibantu isteri Datuk L Manickam, Datin V.Vimala, 53 menyediakan makanan di dapur dikediamanya di Bahau. - Foto Abnor Hamizam

"Alhamdulilah, akhirnya selepas tertangguh, saya dapat menunaikan umrah pada Disember 2016. Saya terharu apabila beliau sanggup mengeluarkan belanja tambahan," katanya.

Beliau berkata, walaupun berlainan agama, keluarga Manickam menghormatinya sebagai umat Islam dan tidak pernah melarangnya untuk menunaikan semua kewajipan, termasuk solat dan puasa.

Ibu tunggal itu turut mengimbau kenangan empat tahun lalu, apabila majikannya membantunya pulang ke kampung dengan segera sebaik menerima berita kematian ibunya di kampung.

"Saya sempat melihat wajah arwah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Semua itu atas bantuan majikan sekeluarga yang membantu menguruskan perjalanan pulang saya," katanya.

Sementara itu, M Indhu, 19, anak ketiga Manickam berkata, Sama sudah dianggap sebagai ahli keluarganya, apatah lagi wanita itu menjaganya sejak kecil termasuk menghantar ke tadika berhampiran rumah.

"Jika dia pulang bercuti ke kampung, saya akan merinduinya, malah ada ketika mahu tidur saya akan menangis kerana merinduinya.

"Saya memang rapat dengannya, malah suka dengan masakannya. Dia suka bergurau dan menasihati saya dalam banyak perkara," katanya.

Sementara itu, Manickam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru negeri berkata, pembantu rumahnya itu adalah yang ketiga dan paling lama bekerja dengannya.

"Kami sekeluarga sangat senang dengannya . Dia menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jom sama sama tunai umrah bulan ramadhan nanti. Anyway time buat umrah yg lepas lepas tgh menunggu masuk waktu I pernah terdengar makcik malaya ni tanya tanya org indon mcm mana dapat kumpul duit utk tunai umrah. "Awok jual kebun ye?" Stfu ya makcik. Kurang ajar sgt soalan mcm tu. Tipikal malaya suka patronize org
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah .bagos lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Haraplah rezeki i tunai umrah dn haji muda2
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Jorja replied at 19-2-2018 12:51 AM
Jom sama sama tunai umrah bulan ramadhan nanti. Anyway time buat umrah yg lepas lepas tgh menunggu m ...

acik kepam itu ingat indon yg rakyat nya beratus juta itu semua hidup melarat gamak nya, kalau 5% rakyat nya upper middle class pun dah berapa juta.jumlah nya. bimbo sangat acik kepam itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
citer mcm ni keluar tak kat media indon?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 06:37 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 19-2-2018 02:44 AM
citer mcm ni keluar tak kat media indon?

Nan hado.
Cite maid mati aje kuar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jorja replied at 19-2-2018 12:51 AM
Jom sama sama tunai umrah bulan ramadhan nanti. Anyway time buat umrah yg lepas lepas tgh menunggu m ...

Apeke tongong soalan makcik tu?
Dia tak tengok ke set2 indon yg bwk Birkin sambil solat dlm Masjidil Haram dgn jubah warna warni mereka tu.

Tgh sae'i, mengelek handbag Chanel di sisi yach puak2 indo ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung lah akak nie dapat jumpa majikan yg baik hati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:09 PM | Show all posts
ayoyo, ini cerita sudah ada... kenapa ulang2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dah wakil rakyat nama nya .tak kan le nak tunjuk kejam mcm kasta paria atau puak jinjang tu.jauh beza latar belakang nya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:08 PM | Show all posts
jangan kau curi uang dan barang kemas india tu sudahlah ye makcik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly majikan melayu yg ramai baik..makcik aku ank 3 semua dh besar.dia ngan bibik dia je kat rmh.bini no 2 jd laki jarang ada.skali dia pergi bukak gerai jual goreng pisang ngan keropok  dpn rmh dia.kemain seronok bibik..dpt extra income..klu raya dia yg byk melaram emas.sama kepala ngan makcik aku.tp endingnya makcik aku meninggal sbb breast cancer.menangis bengkak2 mata bik ms arwah takde.skrg dh blk indon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 19-2-2018 03:59 PM
dah wakil rakyat nama nya .tak kan le nak tunjuk kejam mcm kasta paria atau puak jinjang tu.jauh bez ...

Kan....

Tu yg suruh maid nama adelina tidur dgn anjing tu paria kannn
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 19-2-2018 04:32 PM
Mostly majikan melayu yg ramai baik..makcik aku ank 3 semua dh besar.dia ngan bibik dia je kat rmh.b ...

Ala kau ni.....

Tengah seronok baca dorang berjimba, kau cite sad ending pulak....sedih aku.....

Takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:48 PM | Show all posts
sokong putuskan hubungan diplomatik dengan indon sokong indon  hentikan hantar tki ke malon kenape tak de cerite bibik bangladesh yang dihantar gi umroh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 06:50 PM | Show all posts
Cerita lama ni ulang siar je.  Sebab tu kalau ada satu keluarga jenis pembuli tak bolehlah labelkan semuanya pun jenis pembuli juga.  Mental ni sakit individu tu sendiri je bukan kaum atau apa agama,
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-2-2018 06:39 PM
Kan....

Tu yg suruh maid nama adelina tidur dgn anjing tu paria kannn

laaa.. ingatkn chinese..

rezeki die dpt majikan bagus.. teringat video maid indo yg da kje 33 thn kt saudi ke dubai ntahh.. habis 1 family yg dh berranak pinak hantar maid diorg ke epott.. siap menangis pelok2 nk berpisah.. nmpk sgt diorg aggp maid tu mcm family.. iols tgk pun terharuu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita kebaikan Malon memang tak pernah masuk media indon syok sendiri @palban @Tupax @pembisikmaut @thanawat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kos nk wat umrah nie yea
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.354504 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list