View: 1657|Reply: 4
|
Balik Masjid, Warga Emas Ditendang Atas Motor
[Copy link]
|
|
Seorang warga emas cedera di beberapa bahagian badan dan mengalami sakit dada, gara-gara ditendang seorang lelaki yang tidak dikenali semasa menaiki motosikal.
Kejadian yang berlaku di kawasan Gurney Drive itu menyaksikan mangsa yang berusia 60 tahun baru balik dari masjid dan dalam perjalanan pulang ke rumah.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata, “Semasa mangsa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki yang tidak dikenali turut menunggang motosikal memotong kenderaan warga emas itu dan telah bertindak menendangnya sehingga terjatuh.
“Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan ditahan di wad kerana mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada."
Bernama melaporkan, mangsa tidak mengenali langsung lelaki yang menendangnya dan tidak berlaku sebarang perselisihan faham dengannya sebelum ini.
“Setakat ini polis telah berjaya mengesan seorang wanita yang merakam kejadian itu dari dalam keretanya dan dia akan hadir memberi keterangan serta menyerahkan rakaman asal insiden tersebut,” tambahnya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nak rompak tapi xjadi kut.. |
|
|
|
|
|
|
|
biadap betol yang buat kerja tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kau jgn tendang org tua.. dosa @MatDeghem..
#fikirbaikbaik
#buatbaikbaik
Lotsof loovveee hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ala kalau trlepas pun tak apa. Nanti dia tua dia pula kena tendang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|