Akibat keadaan ekonomi yang kian meruncing dan tidak stabil, ramai yang cuba mencari pendapatan sampingan dengan melibatkan diri dengan bisnes online dan offline. Bagi menjimatkan kos, para penjual akan menggunakan medium seperti facebook, instagram, blog, youtube dan sebagainya untuk mempromosi barangan dan perkhidmatan.
Nombor telefon pula perlu dipamerkan agar pelanggan dapat menghubungi terus para penjual. Bagaimana pun, ia sebenarnya boleh mengundang bahaya!
Perkongsian daripada Mahirah Aidi di status facebook peribadinya perlu dijadikan peringatan dan iktibar buat semua peniaga. Dia merupakan seorang Juru Mekap Artis (MUA) dan sentiasa menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah mengikut kehendak pelanggan.
Bagaimanapun, peniaga online dan offline sebenarnya sentiasa terdedah kepada bahaya kerana nombor telefon yang dipamerkan boleh dihubungi oleh sesiapa sahaja sama ada pelanggan mereka mahupun penjenayah.
Ramai netizen yang terkejut dan risau dengan kejadian yang hampir berlaku kepada wanita tersebut. Mereka melahirkan rasa bersyukur kerana tidak menjadi mangsa penjenayah tersebut dan memuji tindakan bijak wanita tersebut. Rata-rata berpesan supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan pelanggan.
Rupanya sudah ada MUA lain yang juga hampir menjadi mangsa apabila dihubungi oleh orang yang sama. Nampaknya penjenayah menjadikan para MUA sebagai mangsa penipuan mereka.
Maklumlah, MUA biasanya akan datang dan masuk ke dalam rumah untuk mekapkan pelanggan.
Tidak kiralah MUA ke, atau apa-apa perkhidmatan yang kalian buat, kena sentiasa berhati-hati kerana banyak kes jenayah yang berlaku.
Jika rasa curiga dan tidak sedap hati, tak payah la teruskan perkhidmatan. Mungkin ada rezeki lain yang kalian akan dapat. Jangan risikokan diri kalian kepada perkara yang membahayakan. Setuju tak? - CARI |