Orang Melayu ni kalau makan nasi mesti nak berulamkan sambal, barulah berselera nak menjamahnya. Paling wajib ada di kedai semestinya sambal belacan yang jadi pelengkap.
Itu baru sambal belacan, belum lagi sambal hijau, sambal budu (budu yang dilenyek cili padi), sambal gesek, sambal tempoyak, sambal kicap dan lain-lain. Membayangkan saja pun dah mampu buat kecur liur.
Tapi kali ni, kita cuba buat Sambal Pelam Telur yang biasa dibuat oleh orang Pantai Timur, memang sedap dan terangkat sungguh.
Bahan-bahan
- Ikan rebus goreng (rebus dahulu dengan garam dan asam keping kemudian goreng garing)
- Cili padi
- Mempelam telur
Cara membuatnya
1) Tumbuk cili padi dengan sedikit garam.
2) Tambahkan ikan rebus goreng dan tumbuk kasar.
3) Masukkan mempelam telur yang sudah di cincang kasar.
4) Gaul sebati dan boleh siap dihidang.
Bagaimana? Mudah kan? Jadi, bolehlah selepas ini cari buah mempelam telur untuk dijadikan sambal. - CARI