|
Wanita dari Texas menyembunyikan dadah serta barangan curi dalam najisnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Menurut AP seperti dipetik FOX NEWS, pegawai polis di Corsicana, selatan Dallas berkata, Shannen Martin ditahan susulan satu laporan kecurian di sebuah kedai runcit pada Rabu lalu.
Foto: FOX NEWS
Menurutnya, Shannen yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan polis dengan sengaja membuang air besar dalam seluar sebelum menyembunyikan sepeket dadah seberat 2.3 gram dan sekeping kad ucapan Hari Kekasih ke dalam seluarnya yang dipenuhi najis.
Berikutan itu, polis terpaksa menyelongkar seluarnya yang dipenuhi najis untuk mendapatkan semula bahan bukti selepas Shannen didakwa cuba menghapuskan bahan bukti dan memiliki bahan terkawal. - CARI |
|