Joey mendakwa isterinya, Watie Elite telah dianiaya oleh kawan baik sendiri.
Disebabkan itu dia menyokong keputusan isterinya untuk membuka semula kes tuntutan saman yang membabitkan Hana Elite.
Foto: Malaysian Digest
“Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.
"Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.
"Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.
"Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini," katanya kepada Harian Metro.
Foto: IG Tie_Joey
Sementara itu, Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud mengaku yang Watie tidak mampu membuat pembayaran seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.
"Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu."
Foto: IG Tie_Joey
Dia juga sedang berusaha untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan hanya menyerahkan kepada Allah, siapa yang betul dan salah dalam kes ini.
Oktober tahun lepas, Hana menang kes tersebut dan Watie diperintah untuk membayar sebanyak RM112,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.
Hana menang saman berhubung kegagalan Watie menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.
Hana Elite, Foto: thesundaily.my
Watie juga diperintah untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lepas dan baki sebanyak RM2,500 sebulan, bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. -CARI
|