CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 5

Menyedihkan! Padat Dengan Pelancong Asing, Lokasi Ini Hampir Musnah Keindahannya

[Copy link]
Post time 5-3-2018 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Semua orang pasti gemar dan teruja bila dapat melancong lebih-lebih lagi keluar negara.


Setiap tahun jumlah pelancong di setiap negara meningkat malah ada kawasan yang sudah hampir tenat akibat terlalu ramai pelancong asing yang datang ke negara berkenaan.



Foto - Iluminasi



Bagi mereka yang tidak sukakan keadaan yang terlalu padat dan ramai orang lokasi seperti ini bolehlah dihindari kerana anda pasti akan menyesal lebih-lebih lagi bila melihat kawasan yang dahulunya diceritakan begitu indah sekali. Namun bila terlalu ramai pelancong yang datang ke situ keindahannya sedikit demi sedikit makin lenyap. Malah ada juga yang rosak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pelancong.


Jadi di sini kami ingin berkongsi lima destinasi pelancongan yang padat dengan pelancong asing daripada laman sesawang Iluminasi.


1. Great Barrier Reef, Australia


Foto - Iluminasi



Great Barrier Reef, (Terumbu Sawar Besar) Australia merupakan antara salah satu ekosistem terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Sudah pasti ia menjadi pilihan para pelancong berkunjung. Tetapi apa yang menyedihkan adalah ia mungkin tidak akan mampu bertahan lama disebabkan aktiviti pelancongan pesat di situ.


Terletak di pantai timur Australia, Great Barrier Reef sememangnya berjaya menarik ramai pelancong dari seluruh dunia. Tetapi kerana sikap tidak bertanggungjawab pelancong ia telah memusnahkan keadaan persekitaran di tempat berkenaan. Mana tidaknya ada pelancong yang berjalan di atas batuan karang yang rapuh, menurunkan sauh besar serta mencemarkan kawasan dengan bahan api dan pencemar lain.

2. The Colosseum, Rome, Itali


Foto - Iluminasi



Roman Colosseum dahulunya merupakan antara lokasi hiburan penduduk yang paling popular seperti perlawanan gladiator dan juga tidak terlepas dijadikan sebagai tapak pelaksanaan hukuman mati. Salah satu tapak bersejarah ini dibina sekitar 70-80 Masihi.


Tetapi kerana terlalu ramai pelancong yang datang serta kegiatan vandalisme yang teruk tempat bersejarah ini rosak selain dilaporkan bangunan tersebut semakin tenggelam dan merosot hingga melalui proses pengubahsuaian dalam salah satu fasa projek pemulihan pertama yang siap pada tahun 2016. Proses membaik pulih ini menelan belanja sehingga $30 juta.


Kerajaan Itali juga terpaksa menguatkuasakan denda melebihi $20,000 bagi sesiapa yang didapati bersalah membuat sebarang kerosakan di dinding bangunan bersejarah itu.


3. Iceland



Foto - Iluminasi



Kadang-kadang drama dan filem popular juga boleh memberikan kesan buruk kepada sesetangh lokasi pengambaran filem atau drama itu dijalankan. Iceland adalah antara contohnya selepas drama bersiri popular "Game of Thrones" membuat pengambaran di sini.


Ia menyebabkan ribuan pelancong sanggup berjalan jauh ke negara ini semata-mata untuk melawat lokasi-lokasi penggambaran daripada drama bersiri popular tersebut. Akibatnya, harga barang naik mendadak secara tiba-tiba dan telah menjejaskan ekosistem yang semakin rapuh. Jalan-jalan semula jadi dan infrastruktur 'menderita' kerana peningkatan trafik yang tinggi.


4. Tulum, Mexico


Foto - Iluminasi



Kalau anda suka lakukan yoga dengan pemandangan laut serta pantai yang cantik disinilah lokasinya. Tetapi bukan sekarang kerana lokasi di Mexico ini sudah tidak tenang seperti dahulu kerana baru-baru ini Tulum telah termasuk dalam senarai amaran perjalanan Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat akibat peningkatan kes jenayah di situ.


Selain itu, Industri pelancongan yang berkembang juga telah memberikan kesan buruk kepada penduduk setempat di mana semakin banyak hotel dan rumah penginapan yang akan didirikan di atas tanah yang dirampas oleh pihak kerajaan. Tidak cukup daripada itu pembangunan pesat ini juga telah menyebabkan pencemaran air kumbahan di dalam sistem sungai bawah tanah terbesar di dunia.

5. Kutub Selatan


Foto - Iluminasi



Tidak ada apa yang mustahil hari ini antaranya bila makin banyak kewujudan agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej kapal layar menuju ke Kutub Selatan. Secara tidak langsung ia memberi impak negatif kepada ekosistem di kawasan itu.


Walaupun Triti Kutub Selatan mengehadkan masa dan jumlah pengunjung yang boleh datang pada satu-satu masa, namun jumlah pengunjung kian meningkat saban tahun. Bagi tahun 2016-2017 sahaja seramai 44,000 orang pelancong telah memilih Kutub Selatan sebagai destinasi percutian mereka.


Kedatangan pelancong-pelancong ini menyebabkan berlakunya hakisan dan gangguan persekitaran yang secara semulajadinya tidak begitu kukuh. Selain itu, banyak kes tumpahan minyak berpunca daripada bot dan kapal pelancongan yang terjadi. Habitat haiwan-haiwan yang membiak di situ juga terganggu sehingga ada spesis yang meninggalkan sarang tempat tinggal untuk berpindah ke kawasan lain.


Tragis bukan bila terlalu ramai yang datang melancong ke satu-satu tempat kemudiannya ditambah dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka maka habislah keindahan alam dimusnahkan. Harap Malaysia tidak menjadi salah satu tempat seperti yang disenaraikan di atas.


Walaupun sebagai pelawat anda telah membantu pertumbuhan industri pelancongan di negara atau kawasan terbabit, anda masih boleh menjadi pelancong yang lebih bijak dan bertimbang rasa. Hormatilah penduduk, budaya dan persekitaran tempatan. Hentikan perbuatan membuang sampah (atau tahi) merata-rata dan buat sedikit penyelidikan sebelum meneroka tempat baru yang ingin dilawati.


Anda bukan sahaja dapat membantu diri sendiri malah anda juga dapat mengekalkan persekitaran dan suasana destinasi-destinasi pelancongan ini. Jangan musnahkan alam sekitar dengan perbuatan tidak bertanggungjawab. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 12:56 PM | Show all posts
Budaya vandalisma dan tak menghormati adat budaya dan peraturan setempat serta kesedaran sivik yang rendah menyebabkan benda2 sebegini terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Vandalisme.. tak bolehla tengok benda tu elok2 cantik
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 02:42 PM | Show all posts


ni amik air semayang ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 05:24 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-3-2018 06:42 AM
ni amik air semayang ke apa..

kalo iols ada kat tempat kejadian, iols tolak je nyonya mangkuk tu dalam kolam.. biadap betul..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 09:45 PM | Show all posts
Themilo replied at 5-3-2018 05:24 PM
kalo iols ada kat tempat kejadian, iols tolak je nyonya mangkuk tu dalam kolam.. biadap betul.. {: ...

Tourist berperangai bangsat ni comes in all shape and size. Elok di benam ke dalam tu si mangkuk hayon seekor pastu tekup kepala jgn bg lepas. Biar mencungap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037899 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list