Benarlah kata orang, kasih seorang ibu tak akan dapat ditukar ganti walau dengan emas atau wang ringgit kerana sentuhannya sentiasa memberi kasih sayang kepada seorang anak tanpa syarat.
Bahkan, ramai yang mengatakan sangat terkesan dengan pemergian ibu tercinta walaupun sudah dewasa dan berkeluarga sendiri. Begitu jugalah dengan luahan pelajar ini.
Adam Hafis yang bertugas sebagai seorang kaunselor di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak telah berkongsi di Facebooknya (FB) sebuah kisah mengenai pelajarnya yang memakai baju Melayu sama setiap hari.
Menurut Adam, pada suatu petang dia menemui pelajar tersebut sedang menangis teresak-esak di laluan tangga yang jarang dilalui orang ramai. Naluri semula jadi sebagai seorang kaunselor membawa Adam mengajak pelajar tersebut untuk berbual di pejabatnya.
Ketika di pejabatnya, pelajar tersebut masih kelihatan teragak-agak untuk bercerita dan kerana itu Adam memberikan pelajar tersebut sehelai kertas untuk dia melukis atau menulis sebagai cara meluahkan perasaan.
Dalam kertas itu, pelajar tersebut menceritakan situasinya diejek rakan-rakan kerana memakai baju yang sama setiap hari. Pengkongsian Adam itu meraih perhatian ramai netizen yang turut terkesan dengan kisah pelajar berkenaan.
Foto: FB
Merasai kehilangan itu memang memeritkan terutamanya kehilangan orang yang kita sayangi seperti ibu sendiri. Jadi, janganlah 'menari' di atas kedukaan orang lain. - CARI |