CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3455|Reply: 5

Alami Kesukaran Hidup Buat Rakyat Korea Utara Melarikan Diri Ikut 6 Cara Ini

[Copy link]
Post time 7-3-2018 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Korea Utara adalah sebuah negara yang dipimpin oleh individu yang diberi gelaran diktator Kim Jong Un. Ramai rakyatnya mengalami kesukaran untuk hidup dalam negara yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama, mereka cuba untuk keluar dari negara mereka sendiri. Namun ianya tidak semudah yang disangka apabila tentera Korea Utara yang berjaya menangkap mereka yang mahu melarikan diri, mereka akan disiksa dan ada sesetengah kes, seluruh ahli keluarga mereka akan menerima hukuman juga. Di bawah adalah beberapa cara yang digunakan warga Korea Utara untuk melarikan diri dari negara mereka.


1. DMZ- Zon Bebas Tentera


Sumber: ktla.com


Zon Bebas Tentera atau DMZ (Demilitarized Zone) adalah kawasan sempadan sejauh 240km yang dikawal ketat oleh tentera kedua-dua negara. Sangat bahaya sekiranya mereka mahu menyeludup keluar melalui kawasan ini kerana terdapat banyak periuk api. Tentera Korea Utara juga tiada masalah untuk menembak sesiapa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, warga Korea Utara masih berpeluang untuk memasuki Korea Selatan kerana Korea Selatan biasanya memberikan kerakyatan kepada rakyat Korea Utara yang memasuki negara mereka.


2. Berenang di Laut Kuning


Sumber: ontheworldmap.com


Seperti DMZ, Laut kuning terletak disebelah barat kedua-dua negara. Sempadan laut ini dikawal ketat oleh tentera dan tentera Korea Utara senang hati untuk membunuh sesiapa yang menyeberangnya. Oleh sebab itu, warga Korea Utara lebih suka sekiranya bereka berenang secara individu ke Korea Selatan melalui Laut Kuning ini kerana mereka sukar dilihat oleh pengawal sempadan masing-masing. Tambahan pula, jarak diantara kedua-dua negara ini sangat dekat sekiranya melalui laut ini.


3. Program Pertukaran Pelajar Universiti


Sumber: vice.com


China dan Korea Utara selalu mempunyai program pertukaran pelajar yang bijak dan pandai ke dalam universiti masing-masing. Walaupun begitu, Korea Utara pula bukanlah destinasi pilihan para pelajar China untuk bertukar kerana pelbagai faktor. Para pelajar yang mempunyai bakat diberikan peluang ini setahun sekali untuk mengambil peluang belajar di luar negara sekali gus memberikan juga mereka untuk tidak pulang terus.


4. Sempadan Laut Jepun


Sumber: ontheworldmap.com


Laut Jepun pula adalah sempadan kepada 5 buah negara iaitu, Korea Utara, Korea Selatan, China, Jepun dan Russia. Dengan menaiki bot, rakyat Korea Utara sendiri agak susah dan mencabar sekiranya memilih laluan ini. Dengan pelbagai aktiviti ketenteraan antara 5 buah negara ini dan jaraknya yang jauh antara satu sama lain, menjadikan laluan ini kurang popular. Terdapat kes pelarian yang berjaya ditangkap oleh pasukan Jepun, kebiasaannya diberi kepada Korea Selatan berbanding Korea Utara kerana Korea Selatan mudah memberikan kerakyatan kepada pelarian Korea Utara.


5. Pasukan Olimpik


Sumber: news.sky.com




Korea Utara mempunyai undang-undang yang ketat sekiranya mahu melepaskan para atlet mereka. Kita dapat lihat warga Korea Utara yang menjadi atlet dikawal ketat oleh tentera mereka. Atlet tadi berkesempatan untuk menggunakan kemudahan negara demokratik sebagai contoh pasukan bola sepak yang kerap kali ke luar negara mereka untuk perlawanan antarabangsa. Walaupun peluang sebegini jarang, tapi terdapat juga ruang eksploitasi bagi mereka yang mahu melarikan diri dari Korea Utara.


6. Sempadan China


Sumber: scmp.com


Di sebelah utara Korea Utara adalah sempadan antara mereka dan China. Pasukan peronda sempadan China sangat tidak suka akan pelarian Korea Selatan dan untuk itu, mereka berkolaborasi antara pasukan peronda sempadan masing-masing bagi memastikan tiada pelarian yang lepas keluar sempadan. Pasukan China akan terus menghantar pulang warga Korea Utara sekiranya tertangkap. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 05:46 PM | Show all posts
korea utara je ke mcm ni? ade x negara lain yg senasib?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 06:04 PM | Show all posts
Cara satu agak seram sebab pasti akan ditembak kalau nak lintas sempadan macam kes satu askar mereka baru2 nasib masih panjang nyawanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tbaca perkongsian sorang mamat travel ke korea guna travel agent, katanya apa yg d gembar gembur kat media adalah berbeza dengan keadaan sebenar, and aku tengok bab pesen2 mmg acik north korea memang jauh ketinggalan dari acik south korea... dan yg pasti kebanyakan north atau south hampir kesemua warga korea takut mandi dan takut air {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:01 AM | Show all posts
so dok diam2 la kn dr kn tembak mati sia2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 08:36 AM | Show all posts
ketat betul kawalan korea utara
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039834 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list