Khas untuk pasangan yang dah berumah tangga, lagi-lagi yang baru sahaja menikah, pelukis dari Seoul, Korea Selatan ini, Kyu-Young Lee mendedikasikan komik mengenai eratnya suami isteri dalam percintaan.
Ia ringkas, terjadi dalam situasi biasa-biasa namun ianya sangat bermakna dan terkena batang hidung sendiri buat pasangan yang asyik melekat seperti belangkas ini!
Kyu-Young yang telah menghasilkan lukisan ini sejak setahun lalu menceritakan hubungan istimewa dengan pasangannya. Bertemu tiga tahun lalu dan baru sahaja berkahwin menceritakan betapa sayang dan cintanya mereka berdua.
“Saya mendapat inspirasi dari dia. Isteri adalah sumber terkuat suaminya. Kadang-kadang ada orang tidak dapat meluahkan dengan kata-kata, jadi saya luahkannya menerusi komik ini.”
Sebenarnya ada 150 post komik yang dilakar oleh pelukis berbakat ini. Namun kami memilih yang benar-benar bersemut untuk anda. Jadi, jom kita lihat komik comel yang boleh membuat anda tersenyum seorang diri.
Anda yang dah berkahwin - betul ke?
Foto: IG Gyung_Studio
Alahai, bersemut sungguh skrin komputer ni. Jadi, bagi yang solo tu cepat-cepatlah menikah.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke Instagram mereka gyung_studio yang mempunyai 50.3K pengikut. - CARI