View: 1487|Reply: 12
|
Ngilu Tapak Tangan! Macam Mana Boleh Kena Tu Dik?
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lebih sejam selepas tapak tangan kirinya tertusuk besi panah ikan ketika menangkap ikan di sungai di Kampung Ulu Sungai, Raub, semalam.
Memetik Harian Metro, kejadian 2.30 petang itu menyebabkan Ayie Jery, 10, mengalami kecederaan di tapak tangan kirinya sebelum bomba dihubungi pada 3.02 petang bagi mendapatkan bantuan.
Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dikerahkan ke Hospital Raub bagi membantu memotong besi berkenaan menggunakan pemotong besi dan tugas selesai pada 3.34 petang.
Foto: BH Online
"Sebaik tiba di hospital, kami mendapati besi sepanjang 0.5 meter untuk menangkap ikan masih tertusuk pada tapak tangan kanak-kanak berkenaan.
"Bomba kemudian diminta memotong lebihan besi di tapak tangan mangsa bagi memudahkan pihak hospital merawatnya.
"Sejurus pihak bomba berjaya mengeluarkan batang besi panah ikan itu, pasukan perubatan kemudian memberikan rawatan lanjut kepada mangsa dan keadaan mangsa dilaporkan stabil," kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Sani Harul. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan pun ada hak nak hidup.
Jangan bunuh.
Buah-buahan kan banyak boleh makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perut x kenyang kalau sekadar makan makanan berasaskan tumbuhan je, dik....
|
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 12-3-2018 10:23 AM
Perut x kenyang kalau sekadar makan makanan berasaskan tumbuhan je, dik....
Orang vegetarian tu macam mana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ngilunya |
|
|
|
|
|
|
|
Mengerikan berpeluh jugak abam bomba nak bantu mengeluarkannya |
|
|
|
|
|
|
|
Hihi. Yang saya maksudkan ni, mangsa ni. Orang Raub ni. Orang kita. Selain makan makanan berasaskan tumbuhan, pastinya makan ikan dan daging. Cuba suruh dia makan nasi dan tempe je. Pasti complaint x kenyang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat keje bahaya, main barang berisiko, takde safety measures.
Kan dah merasa.
Ko tengok abang bomba tu kalau nak ikutkan datang nak potong tangan ko tuh tak payah pakai helmet pon.
Tapi derang pakai jugak.
Amik iktibar. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujurla ada bombs penyelamat |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa berita tu tak masukkan kisah bagaimana boleh besi tu tertusuk di tapak tangan, kan itu yang orang nak tau. Kisah bantuan bomba dan hospital orang dah tau buat apa nak diperincikan lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|