Foto menakjubkan ini memaparkan ribuan starfish atau bintang laut atau lebih dikenali dengan nama 'tapak sulaiman' terdampar di pantai selepas suhu turun paras bawah 0 darjah yang melanda United Kingdom (UK), baru-baru ini.
Ia diambil oleh peminat hidupan liar, Lara Maiklem di Ramsgate, Kent. Ia seumpama 'armageddon' (fenomena akhir zaman), katanya.
Sejauh mata memandang ... lambakan bintang laut
Selain bintang laut, hidupan laut lain turut memenuhi pantai selepas kejadian Ribut Emma dan Beast of the East.
"Ia sangat mengagumkan. Bintang laut, ikan dan landak laut memenuhi kawasan pantai sehingga ke gigi air. Ada orang terjumpa udang kara dan gigi palsu.
Selain bintang laut, ada landak laut dan hidupan laut lain
"Saya tinggal di tepi pandai, tetapi sering juga ke Sungai Thames. Ramai orang datang ke sini. Kata mereka, ia berlaku kelmarin," kata Lara yang sedang menyiapkan buku dokumentari penemuannya di sepanjang tebing sungai dan pesisiran pantai. 'Padang' bintang laut bermula di Ramsgate sehingga ke pantai berdekatan Broadstairs.
Terdapat juga burung camar dan lain-lain di antara hidupan liar yang mati itu.
"Banyak bangkai haiwan terdampar. Kami cuba selamatkan beberapa ekor tetapi ia bagaikan suatu malapetaka. Sungguh dahsyat." Lara berkongsi fotonya di laman Facebook London Mudlark. Selain Lara, ramai lagi turut melaporkan senario sama di tempat lain.
Mati kerana terlalu sejuk atau terdampar di pantai kerana badai ribut?
Kata Chris Keyworth: “Ia fenomena biasa setiap tahun walaupun tiada ribut, selalunya ketam, bintang laut atau jellyfish mati 'beramai-ramai' dalam beberapa peringkat tertentu."
Namun, kebanyakan orang berasa sedih dengan kejadian itu. Tambah Tim Street: “Aneh, tapi inilah cara semulajadi yang telah ditakdirkan."
Kematian beramai-ramai fenomena alam?
“Di pantai seluruh UK ada hidupan terdampar dalam jumlah yang banyak. Beberapa hari lepas, banyak burung camar mati menyebabkan lambakan bangkainya terdampar di merata-rata. Selain ribuan bintang laut, ada juga bangkai ketam. Mana-mana ketam yang masih hidup, kami alihkan dalam kolam di celah-celah batu," ujar Lara.
Anak-anaknya begitu teruja, namun pada masa sama turut berasa jijik dengan pemandangan itu.
Tak pernah dengar fenomena begini di negara kita, kan? Mungkin cuaca terlalu dingin menjadi pendorong kejadian begini. Atau lambakan plastik dan benda-benda lain (bahan kimia) yang mengganggu hidupan laut. - CARI
|