View: 2664|Reply: 10
|
Guna Telefon Mahal Tapi Gambar IG Tetap Buruk? Ini 9 Tip Daripada Instafamous!
[Copy link]
|
|
Ramai tahu kekuatan media sosial Instagram ialah jika gambarnya menarik, maka potensi untuk mendapat butang like’ lebih tinggi seterusnya menjadi popular.
Namun masalahnya ialah gambar yang anda muatkan di Ig sebenarnya tak cantik langsung walaupun gunakan telefon pintar yang mahal!
Dylan Furst atau IG miliknya Fursty yang mencecah 1.2 juta pengikut memberikan 9 tip mahal ini kepada anda yang mahu tahu teknik rahsia gambar cantik.
1) Pandangan pertama sangat penting
Sebelum bermula, bayangkan gambar yang anda ingini dalam bentuk Instagram iaitu ‘square shot’. Walaupun Ig sudah membenarkan ‘full shot’, gambar ‘square’ lebih dekat di hati netizen.
2) Horizontal atau Vertical?
Tak salah cuba kedua-duanya untuk mendapatkan ‘mood’ paling cantik.
3) No Filter, please
Ya, ia jadi kegilaan untuk meletakkan pelbagai ‘filter’ namun ia sebenarnya membuatkan ia jauh dari maksud gambar asal. Fursty sendiri tidak pernah menggunakan ‘filter’ sebaliknya mencipta karektor sendiri.
4) Keluar dari zon selesa
Pelbagaikan teknik seperti ‘blur’, ‘siluet’ atau pose berbeza. Beranikan diri mencuba sesuatu yang kreatif bagi mencipta gambar yang ‘hidup’.
5) Cari fokus anda
Tiada masalah gambar waktu malam atau siang, cuma cari satu titik fokus supaya mereka yang melihat gambar anda akan terpesona.
6) Biar cahaya menembusi
Sebaiknya gunakan cahaya semulajadi untuk mendapat gambar sempurna seperti ketika matahari terbenam, matahari muncul sekalipun hujan.
7) Lagi banyak anda snap, lagi cantik!
Tidak semestinya gambar pertama yang anda ambil akan sempurna. Jadi, cuba sahaja hingga ia memuaskan hati anda.
8) Lihat jarak depan dan belakang anda
Untuk gambar pemandangan seeloknya, biarlah ia lebih jelas dan besar berbanding orang di dalamnya. Ia membenarkan netizen turut sama merasai seperti berada di lokasi sebenar.
9) Konsisten!
Jika gambar anda cantik serta teknik tersendiri, jadi jangan biarkan ia begitu sahaja. Perlu konsisten supaya ‘follower’ anda akan tahu itu adalah ‘style’ anda.
Jadi, boleh dapatkan gambar menarik seperti yang dicadangkan Fursty? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tips berguna memang selalu buat cam tu pun bila ambil gambar guna phone |
|
|
|
|
|
|
|
I sbnr nya mmg x artistik. Ambek gambar hauk ke laut dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau asyik nak selfie je, tak nampak pun background pemandangan pastu hashtag kemain korea london paris pasir mas tapi nampak muka je. Amboi negatif nye iols |
|
|
|
|
|
|
|
Hihi,
Iols pun selalu berfikiran begitu. Takpa, uols tak kesorangan kay!
|
|
|
|
|
|
|
|
I selalu stress kalau tengok kawan i pakai fon mahal mahal tapi ambil gambar serupa kualiti gambar zaman nokia xpressmusic dgn sony ericsson tu.
Takde seni tu i boleh terima lagi sebab i sendiri pun ambil gambar sekadar ambil je tak berseni mana. Tapi fon mahal ambil gambar kualiti teruk sangat tu, i mesti tak tahan nak mengata. |
|
|
|
|
|
|
|
sama la kita..... kdg main snap jek...pastu frust sendiri.. hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
meisapoya replied at 16-3-2018 12:51 PM
I sbnr nya mmg x artistik. Ambek gambar hauk ke laut dalam.
hihihi...akk pon sama dik... |
|
|
|
|
|
|
|
minahmanja replied at 17-3-2018 09:38 AM
sama la kita..... kdg main snap jek...pastu frust sendiri.. hehee
I kdg penat jua melayan org yg suruh ambek gambar theyols lawa2. Sbb i mmg x pandai. Klu theyols set sdri nk angle mcm mana, baru theyols puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
cha-cha replied at 16-3-2018 01:01 PM
Dah kalau asyik nak selfie je, tak nampak pun background pemandangan pastu hashtag kemain korea l ...
Khennn. I pon x gemor jgk yg mcm tu. Gi jauh2, tempat lawa2, selfie jah memanjang. Pffft |
|
|
|
|
|
|
|
diss69 replied at 17-3-2018 08:00 PM
hihihi...akk pon sama dik...
Gennnngggg |
|
|
|
|
|
|
| |
|