View: 2639|Reply: 18
|
51 Biji Pisang Sehari Untuk Kurus - Wanita Ini Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya
[Copy link]
|
|
Apa yang anda faham mengenai diet?
Jadi, dah cuba sampai berjaya ke belum?
Jika belum, ia bukan bermakna anda gagal, tapi mungkin belum diasak sebegitu rupa dalam kehidupan.
Anda mungkin boleh mengambil inspirasi dari Youtuber ini yang kisah peritnya membuatkan dia tekad untuk kurus.
‘Freelee the banana girl’, youtuber dari Australia ini menunjukkan videonya cara menghabiskan 51 biji pisang dalam sehari. Hebatnya ialah berat badannya bukan sahaja turun 18kg malah Freelee kembali langsing dan kempis perutnya hanya dengan amalan tersebut.
Ya, bukan senang tapi nak sihat memanglah kena jaga pemakanan kan?
Mungkin orang melihat dia senang untuk menurunkan berat badan tapi menurut Freelee, dia terlalu obses dengan makanan segera sejak berusia 16 tahun lagi hinggakan beratnya naik 10kg dalam masa beberapa bulan sahaja.
Dia kemudiannya bercinta dengan pengedar dadah lalu menjadikan ecstasy dan kokain sebagai peneman hidup. Hinggalah beratnya turun drastik 22kg sekaligus mengidap aneroxia nervosa dan bulimia.
Hidupnya tunggang langgang, menjadi pesakit ‘candida’ menyebabkan muka, badan dan dadanya penuh dengan penyakit kulat. Selain itu, masalah penghadamannya juga semakin kronik, keletihan kritikal dan masalah kemurungan.
Sehinggalah pada tahun 2006, Freelee berhenti mengambil alkohol lalu menggantikan dengan kopi. Setahun kemudian dia menjadi ‘vegetarian’ lalu menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama.
Dalam videonya, Freelee menunjukkan yang dia mampu habiskan 20 biji pisang yang dikisar dengan air kelapa dan setitis vanilla sebagai perisa.
Banyak yang dikongsi Freelee seperti tip mengisar pisang agar jus tidak cepat rosak, bergilir-gilir memakan 2 biji nenas, 5 biji mangga atau 2 liter jus limau setiap hari dan pelbagai lagi tip sihat.
Semua foto: carian internet
Mungkin ada yang menganggap diet yang diamalkan Freelee tidak seimbang, namun hanya dia yang tahu tentang badannya.
Jadi, bagaimana? Dapat sesuatu yang berguna dari cerita ini? Ya! Big Why anda adalah penentu sama ada anda boleh kurus atau tidak. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhh...terliur pulak tengok mcam2 buah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
campur aiskrim vanilla tu mmg betul sedap. nyum nyum.. |
|
|
|
|
|
|
|
51/day???mcm xlogic je............... |
|
|
|
|
|
|
|
tak lalu aku nak minum pisang yang diblend..
makan sebijik2 ok lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jgk semua buah & sayur tu..i rela je mkn buah & sayur je hari2, sedap kot |
|
|
|
|
|
|
|
eeuww..gigih lak nk abiskn segelas air pisang camporan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
air pisang no thank you
makan sebijik camtu ok lagi
tapi bukan la sampai setandan
cam boghuk yooo |
|
|
|
|
|
|
|
Pisang beku blend dgn susu sedap oi..smoothies gitu..nyum..nyum..nyum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uiih sedapnya aku bole mkn kalo ada semua camtu kat sini dgn harga yg berpatutan la |
|
|
|
|
|
|
|
makan buah buahan tu bukan vegetarian tu fruitarian. kat youtuber pun bercambah fruitarian ni. mcm akaun sweet natural living, tedd car dan kat ig ada fit shortie eats yg mastautin kat indon dan suka makan buah buahan tropika. |
|
|
|
|
|
|
|
kimchipedas: Uiih sedapnya aku bole mkn kalo ada semua camtu kat sini dgn harga yg berpatutan la
buah kat msia ni kira murah jgk la. kalau timbang pun harga biasa dpt 6-8 ringgit per plastik. nak murah beli kat psr malam. selonggok rm5 je tp kena abes cepat la sbb buah dia tak berapa bagus tak tahan simpan lama |
|
|
|
|
|
|
|
kalo just makan buah2 tempatan mcm durian langsat manggis rambutan pulasan dokong etc bole kurus tak??
buah2an import neh mahal sgtla dah la tak dpt brim |
|
|
|
|
|
|
|
I pun takleh minum pisang yang diblend.
Kalau makan, boleh jer.
Kalau blend memacam buah tapi ada rasa pisang, terus takleh minum. |
|
|
|
|
|
|
|
Pisang mahal ooo kat Australia. Kalu kat Coles tu pisang nya tak berapa masak tu pun berapa dollar sebiji, bukan jual pakai sisir. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari cerita namapknya dia ni sejenis yg obses..
Buat apa2 obses..
Tgkla lepas dia boring dia nak buat apa pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
scary makan buah import ciner ni. akak rela singgah tepi jalan beli pisang org asli jual nok.
teruk sgt pesticide farmers diorang pakai skrg ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|