Akibat terlalu lama memendam perasaan akhirnya Serina Redzuawan meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya di laman Instagram.
Foto: IG Serina Redzuawan
Selama ini dia telah lama berendam air mata dengan masalah yang dilaluinya dari hari ke hari dan kali ini mahu bangkit demi anak-anak tercinta.
Menurutnya bekas suami telah melanggar perintah mahkamah sehinggalah perbuatan buruknya diketahui apabila ditangkap khalwat semasa anaknya juga ada dalam rumah itu.
Foto: IG Serina Redzuawan
Serina telah bercerai talak satu dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar pada 1 Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata comel yang diberi nama Tristan Tareef O’luanaigh dan Isabella Safiyya O’luanaigh.
Komen positif daripada netizen membanjiri laman Instagram Serina bagi meniupkan kembali semangat untuk dirinya menuntut hak penjagaan kedua-dua anaknya.
Tidak kurang juga ada netizen menasihati Serina untuk mendapatkan haknya sebagai seorang ibu dan berurusan dengan peguam mengikut prosedur yang betul.
Lumrah apabila berlakunya penceraian anak-anak pasti menjadi mangsa keadaan dalam kemelut rumahtangga ibu bapa. Moga kedua-dua anaknya dapat kembali ke pangkuan ibu mereka.
Moga masalah ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan mengikut cara yang betul. Bimbang anak-anak kecil yang tidak memahami terkesan dengan masalah ibu bapa. - CARI
|