CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3544|Reply: 4

Pastikan Perut Kosong Kalau Nak Makan Di Sini, Baru Boleh Kenyang Sampai Esok!

[Copy link]
Post time 22-3-2018 04:47 PM | Show all posts |Read mode



Pernah tak rasa nak makan banyak-banyak sebab teringin sangat makanan tu? Tercari-cari restoran yang menghidangkan pelbagai menu dengan harga berpatutan?


Bagi yang suka sangat pesan makanan dalam kuantiti yang banyak dan suka makan beramai-ramai, jomlah singgah di Chillex Concept Café ni.


Dengan konsep ala hipster, kafe ini bukan sahaja  menyajikan hidangan barat, malahan terdapat juga menu tempatan serta masakan Thailand. Tambah menarik, kafe ini juga tidak mengenepikan street food seperti burger dan roti John.





Sumber foto: Facebook Chillex Concept Cafe




Diberi nama Roti John Long Island, ia dihasilkan dengan resepi rahsia. Berbeza dengan roti John di pasar malam, menu ini ditampilkan bersama kepingan nachos yang digandingkan bersama dua jenis keju iaitu mozzarella dan sos berkeju.


Selain street food yang menjadi pilihan para pelajar, pelanggan juga boleh mencuba Ultimate Big Plate yang menyediakan dua jenis hidangan berbeza iaitu 'mix grill' dan 'deep fried'.


Mix grill merangkumi Lamb Chop, Chicken grill, Sauce grill, Herb French Fries dan Caesar salad yang dihidangkan bersama sos lada hitam. Selain grill, ada juga pilihan menu bergoreng seperti Deep Fried dengan gabungan Chicken Chop, Fish and Chip, Chicken Popcorn, Herb French Fries dan Caesar salad, baru terangkat!





Sumber foto: Facebook Chillex Concept Cafe





Bagi penggemar nasi, jangan kecewa apabila datang ke kafe ini. Apa kata cuba menu luar biasa yang dinamakan 7 wonder ini. Menu ini adalah gabungan tujuh jenis nasi goreng termasuk nasi goreng kicap, nasi goreng sardin, nasi goreng tomyam, nasi goreng kampung, nasi goreng Thai, nasi goreng kerabu serta nasi goreng cina.


Terdapat juga daging cincang dan ayam goreng berempah disajikan bersama hidangan ini.





Sumber foto: Facebook Chillex Concept Cafe






Dengan harga antara RM5 sehingga RM39.90, pasti berbaloi dengan pelaburan anda. Tunggu apa lagi, hari minggu dah semakin hampir, mohle kite singgah ke Seri Iskandar, Perak. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Roti john tuu,menggoda betul. Buka lah cawangan kat kl.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 03:29 PM | Show all posts
nampak sedap tapi jauh nau..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 05:32 PM | Show all posts
Cafe ni bukak malam  aje kot...biasa aku pegi seri iskandar siang buta tak pernah nampak bukak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 10:34 AM | Show all posts
hatikudus replied at 23-3-2018 05:32 PM
Cafe ni bukak malam  aje kot...biasa aku pegi seri iskandar siang buta tak pernah nampak bukak

haah bukan dalam kul 4 lebih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045783 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list