"Memang kejam individu yang sanggup lakukan perkara sebegini kepada kucing yang saya.
"Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini dan apa yang saya boleh katakan semoga perbuatan mereka ini mendapat pembalasan sewajarnya."
Foto: Berita Harian
Itu adalah luahan Muhammad Nor Fiqry Zahari selepas 17 kucing peliharaan mati sekaligus, dipercayai kerana diracun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan.
Berita Harian melaporkan, Fiqry,38 atau lebih dikenali sebagai Babah Conan tiada di rumah ketika kejadian.
Semua pintu pagar berkunci dan kira-kira 60 kucing yang dipeliharanya berada di dalam rumah.
"Namun, sebaik sahaja saya pulang ke rumah, saya lihat dalam sembilan ekor kucing sedang mengerumuni sesuatu dan apabila saya mendekatinya mendapati ada kepala ayam.
Foto: Berita Harian
"Saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.
"Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabkan mereka keracunan dan mati."
Fiqry menambah, dia sendiri hairan bagaiman kepala ayam tersebut boleh ada di kawasan ruang tamu rumahnya walaupun pagar dan pintu dikunci dengan rapi.
Foto: Berita Harian
Insiden ini membuatkan Fiqry hampir berputus asa untuk memberi perlindungan kepada kucing jalanan.
"Saya memang sudah lama rancang untuk mewujudkan sebuah taman yang membolehkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak dapat bermain dengan kucing, namun disebabkan kejadian ini saya berasa ralat sikit.
"Buat masa ini saya hanya mahu merawat kucing yang masih sakit dan tidak akan mengambil kucing yang baharu sama ada dikutip atau diberikan oleh orang ramai," tambahnya. -CARI
Post time 6-4-2018 12:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Siannye...
Iols pun selalu berangan nak buat satu kawasan meow yg berpagar kt kampung..tapi sape pulak nak uruskan yak2 meow sebab tuannya di kl mencari rezeki..
Bagi makan mmg ramai yg sanggup
Post time 6-4-2018 12:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Org tu x tahan bau busuk bela.kucing ni kot
Area umah iols.dolu ada mamat ni suka.membela binatang
Kucing la.ayam.la...
Taik bersepah depan umah jiran jiran ni..memasing bising la
Pastu xtau sapa tah pi bagi makan racun
Semua.mati..ayam ayam.skali...
Meraung x hengat...tapi.bila.pikoor balik...ko dok taman kot
Bukan kampung..respect la.jiran jiran
Kalau ada bela banyak haiwan perliharaan kena rajin jaga kebersihan supaya tak mengundang masaalah dengan jiran. Buat jiran kalau ada yang kurang menyenangkan eloklah bagi tahu elok2 dengan tuan punyanya. Bagi makan racun macam ni agak kejam tindakannya
Tadi nampak dia post kat FB, tanya betul ke ada orang buat panggilan kat SinarFM mengaku dan minta maaf pasal kepala ayam beracun tu. Kononnya, tukang racun tu nak racun tikus dan anjing. Pfft!
Jahat sungguh peracun tu. Anjing kah kucing kah, tetap keji perbuatan meracun tu. Sedih sangat bila teringat haiwan-haiwan ni gembira tengok makanan, terutamanya yang haiwan jalanan. Perut lapar habis tengok rezeki depan mata. Tetapi rupanya, racun yang membunuh.
Harap peracun tu dapatlah balasan yang setimpalnya. Engkau kejam!
Post time 6-4-2018 03:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pn bela beberapa kucing kat kawasan rumah teres..mula2 takut jgk jiran aku seorang Doktor dari india tak suka..tapi satu hari ni,jiran aku siap ucap terima kasih lagi kat aku, sbb katanya sejak kucing aku ada, rumah dorang dah xde lipas. Hari tu dorang komplen rumah dorang masuk ular..n kehadiran kucing2 aku buat dorang rasa selamat
bela 60 ekor kat kawasan taman? byk kottttt...... ko nak wat pahala bela kucing tp secara x sedar ko buat dosa sbb menyakiti hati jiran..... selonggok tahi kucing depan rmh pn baunya dah semerbak satu rmh, inikan pula 60 ekor.....huhuhu. Membunuh itu salah tp ko x perlu menuding jari kat pihak lain, pikir la sejenak apa ko buat tu betul ke tak. Tak semua org suka hidu bau tahi and kencing kucing....