View: 3173|Reply: 17
|
Kenali Jo Anna - Calon DUN Kiulu, Sabah Yang Digelar Beauty With The Brain
[Copy link]
|
|
Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi menjelang pilihanraya PRU14 Malaysia dan debarannya kian terasa. Walaupun hari penamaan calon adalah pada 28 April ini, tetapi kebanyakan parti sudah pun mengumumkan beberapa calon yang bertanding bagi kawasan-kawasan yang dianggap 'panas'.
Antara calon baru yang mendapat perhatian dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini adalah Jo-Anna Sue Henley Rampas yang dikatakan bakal bertanding di DUN Kiulu, Sabah.
Ramai tertanya siapakah gerangan wanita cantik yang berasal dari negeri bawah bayu ini. Melalui laman Lobak Merah, kami kongsikan biodata wanita yang mendapat jolokan 'Beauty with Brain' ini:
1. Anak jati Sabah yang berketurunan Dusun-British
Wanita yang baru berusia 29 tahun ini memiliki wajah pan asian dan berasal dari Kiulu, sebuah kawasan kecil di perbukitan Gunung Kinabalu, Sabah. Ibunya berketurunan Dusun manakala bapanya berketurunan Inggeris.
2. Juara Unduk Ngadau 2007 dan bekas Bintang RTM
Foto: Lobak Merah
Dengan wajah cantiknya maka tidak hairanlah apabila dia berjaya memenangi pertandingan ratu cantik, Unduk Ngadau Sabah pada tahun 2007. Pada ketika itu dia baru berusia 17 tahun. Dia juga sebenarnya boleh menyanyi dengan baik dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM dan memenangi tempat kedua.
3. Berkelulusan Luar Negara - Kelulusan Undang-Undang
Foto: Lobak Merah
Jika anda sangka dia terkenal hanya kerana cantik dan berbakat, anda silap sama sekali. Jo Anna merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti of London dan turut mempunyai kelulusan Master of Law (International Law and Corporate Social Responsibility) dari University of the West of England. Memang 'beauty with brain' yang sebenar!
4. Keluarga politik
Foto: Lobak Merah
Bidang politik bukanlah sesuatu yang baru bagi Jo-Anna kerana keluarganya sudah pun menceburi bidang ini sejak sebelum dia lahir ke dunia lagi. Datuknya merupakan ketua orang asli dan merupakan antara individu terawal menemui penempatan Kiulu. Ibunya juga pernah menjadi calon bagi parti AKAR pada tahun 1994 dan pakciknya pula, Louis Rampas pernah menjadi ADUN bagi kawasan tersebut pada tahun 1999 sehingga 2003.
Foto: Lobak Merah
Selain itu, Jo-Anna dikatakan berminat dengan isu berkaitan masyarakat semenjak dari muda lagi. Walaupun belum dipastikan lagi sama ada dia akan bertanding untuk kerusi Kiulu ataupun tidak. Semuanya akan terjawab pada hari penamaan calon nanti. Pastinya ramai jejaka yang cair hati melihat kecantikan Jo-Anna ini. Akan tetapi dia sudah berkahwin tau! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru betul, cantik dan bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
emm.. emm.. emm..
gud luck kazen |
|
|
|
|
|
|
|
zulka: emm.. emm.. emm.. gud luck kazen
Kazen chuols ke? Wah nk kirim otograf {:good |
|
|
|
|
|
|
|
Wah biar betul dia bertanding??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zorrro_03 at 25-4-2018 08:41 PM
kazen kau juga ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kalau cantik..boleh menang ke,{:nose{:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yang obses betul dengan dia dulu ya kat porem ni? Lupa suda. |
|
|
|
|
|
|
|
memang post org2 politik nh dr keturunan ke cam mana... dr atok nenek ayah mak pakcik makcik turun ke anak cucu eh |
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine: cantiknya sumandak ni
tak nature. kena mkeup bagai{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
| |
|