View: 9245|Reply: 28
|
Minuman kesihatan (nama produk dirahsiakan) boleh akibatkan obesiti, diabetes
[Copy link]
|
|
Kajian dapati minuman kesihatan tidak menyihatkan
25 April 2018 3:00 AM
LONDON 24 April - Satu kajian mendapati minuman kesihatan mungkin ti­dak begitu menyihatkan kerana pemanis tiruan seperti aspartame masih boleh menyebabkan obesiti dan diabetes.
DailyMail melaporkan, kajian sebelum ini menunjukkan bahawa gula gantian tanpa kalori boleh merosakkan saluran darah, sekali gus meningkatkan risiko me­ngalami strok dan dementia.
Ketua pengarang, Dr. Brian Hoffman dari Universiti Marquet­te, Milwaukee dalam kenyataan mengenai hasil kajian terkini itu berkata, kunci untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang berkaitan diabetes dan obesiti tidak hanya semudah berkata ‘berhenti mengambil pemanis tiruan’.
“Seperti komponen pemaka­nan lain, saya ingin memberi­tahu orang ramai bahawa kese­derhanaan adalah kunci bagi sesiapa yang berasa sukar untuk mengawal pemakanan mereka,” katanya.
Beliau menambah, melalui pe­mer­hatian dilakukan, penggantian gula kepada pemanis tiruan tanpa kalori boleh mengakibatkan perubahan negatif dalam metabolisme lemak dan tenaga.
Hasil kajian juga mendapati jika pemanis tiruan acesulfame potassium yang terkumpul da­lam darah berada pada tahap tinggi, boleh membahayakan sel saluran darah.
Dalam satu kajian sebelum ini menunjukkan bahawa kombinasi terbaik untuk pesakit diabetes atau obesiti adalah ‘sarapan seperti raja’, ‘makan tengah hari seperti putera’ dan ‘makan malam seperti peminta sedekah’.
Menurut kajian itu juga, pe­ngambilan makanan hanya tiga kali sehari dalam jumlah yang berbeza juga menurunkan tahap glukosa dan keperluan insulin pesakit kencing manis, selain mengawal rasa lapar dan pengambilan karbohidrat.
Ketua pengarang, Dr. Daniela Jakubowics dari Universiti Tel Aviv berkata, bila dan berapa kerap anda makan adalah lebih penting daripada apa dan berapa kalori anda makan.
“Metabolisme tubuh berubah sepanjang hari dan sekeping roti yang diambil waktu sarapan mempunyai tindak balas glukosa yang rendah serta kurang menggemukkan berbanding roti yang sama diambil pada waktu petang,” katanya.
Lebih 29 juta orang dewasa di Amerika Syarikat dan satu daripada 17 orang di United Kingdom menghidap diabetes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info,
Sarapan seperti raja - kambing sekor.
Makan tengah hari seperti putera, sign international player masuk kelab sendiri.
Makan malam seperti pengemis - makan atas lantai rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols mmg sarapan makanan berat pepagi
Kalau setakat roti keping 2 pkl 10 iols menggagau cari.makanan lain pulok..haha |
|
|
|
|
|
|
|
sekeping roti yang diambil waktu sarapan mempunyai tindak balas glukosa yang rendah serta kurang menggemukkan berbanding roti yang sama diambil pada waktu petang
Sebab pagi kita banyak gunakan tenaga dan banyak masa untuk memproses makanan banding petang dan malam? |
|
|
|
|
|
|
|
Minuman Kesihatan Sebenarnya Memudaratkan Kesihatan?
Ramai di kalangan kita mahu mengekalkan kesihatan dengan meminum minuman kesihatan. Tapi, tidak ramai yang sedar bahawa dengan meminum minuman kesihatan tersebut juga dapat merosakkan tubuh serta memberikan penyakit.
Ironinya, minuman kesihatan sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan kerana ia sebenarnya mengandungi pemanis tiruan yang mendedahkan anda kepada risiko penyakit seperti obesiti dan diabetes selain meningkatkan risiko penyakit strok serta dementia.
Foto: Ubatpensil.blogspot.my
Sebuah kajian yang dijalankan Ketua pengarang Dr. Brian Hoffan dari Universiti Marquette, Milwaukee berkata, hasil pemerhatian mendapati penggantian gula kepada pemanis tiruan juga boleh mengakibatkan berlakunya perubahan negatif kepada metabolisme lemak dan tenaga.
Malah, ia boleh membahayakan sel saluran darah sekiranya pemanis tiruan acesulfame potassium terkumpul dalam darah, lapor Mail Online seperti dipetik Utusan Online.
Foto: birminghammail.co.uk
Cara menurunkan tahap glukosa adalah dengan mengambil makanan hanya tiga kali sehari dalam kuantiti yang berbeza. Ia juga dapat menurunkan kadar keperluan insulin pesakit kencing manis, selain mengawal rasa lapar.
Foto: Hzurain.blogspot.com
Untuk peringatan bersama, jagalah pemakanan anda bagi mengekalkan tubuh yang sihat agar selalu dijauhi penyakit kronik. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Cth brand minuman kesihatan yg pemes esp kt msia ni ape ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ada baca sorang pakar dietician kabo, kalau kita jenis kerja duduk je macam kerja opis tak banyak bergerak, sebenarnya tak perlu makan sarapan yang terlalu berat. Cukup untuk alas perut je. Lain kalau kita kerja berat, kena makan sarapan banyak.Disarankan dalam pukul 10 gitu ambil snek sihat macam kacang, buah.
|
|
|
|
|
|
|
|
pun tertanya juga, apa maksud minuman kesihatan ni?
Ke maksudnya energy drinks macam livita, red bull tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak gula dan perisa tak baik untuk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
minuman kesihatan ni yang pamoga, jus tok guru, jus nusantara ke?
ke long jack orang kampung, ali cafe, livita, red bullshit? |
|
|
|
|
|
|
|
minuman kesihatan ni yang pamoga, jus tok guru, jus nusantara ke?
ke long jack orang kampung, ali cafe, livita, red bullshit? |
|
|
|
|
|
|
|
besarkecik replied at 26-4-2018 12:27 PM
minuman kesihatan ni yang pamoga, jus tok guru, jus nusantara ke?
ke long jack orang kampung, ali c ...
Akk pon tertanya2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ayah aku cakap jus Tok Sabri tu bagus untuk gout. Betul ke? Katanya ada yang dah sembuh. Aku kurang sikit nak percaya jus2 macam ni. Huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni memang diperlukan kalau suka buat aktiviti lasak yang berjam2, macam cycling yang berpuluh km, marathon, hiking panjat gunung etc tu, sebab badan akan hilang elektrolit. 100+ bagai ni dia ganti elektrolit dalam badan.
Kalau tak aktif, tak yah amalkan. Banyak gula juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
eletrolit tu ape sebenarnye?..
i guess ape2 jenis minuman bergas ni semua byk gula...kan?...x kira "health drink" ke ape..
like kalau produk tu kata "no sugar" maknanye xde gula ori...tp guna gula sintetik...PENIPU SANGAT...
same like "no colouring or preservative"....atau "no trans fat"....haa....tp sebenarnye diganti dgn benda2 SINTETIK who knows what yg they all hasilkan kat dlm lab......sbb tu lagi sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 replied at 27-4-2018 08:26 AM
eletrolit tu ape sebenarnye?..
i guess ape2 jenis minuman bergas ni semua byk gula...kan?...x kir ...
Mineral dalam badan eg sodium, potassium, calcium etc. Bila buat aktiviti lasak, kita hilang elektrolit ni through sweating.
I setuju dengan u pasal benda2 sintetik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
i see..kira mineral tu semua ade dlm peluh kite...
kan? mmg xleh caye brg2 makanan yg dijual kat supermarket ni...bile ade masa bleh la masak sndiri..
bile xde...beli...sape rajin tanam la sayur,pokok buah sndiri..aka organik food....kalau nak beli kat luar mahal...
|
|
|
|
|
|
|
|
Amenda.. tulis je la nama minuman tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|