CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1622|Reply: 2

Kecil Lagi? Ibu Bapa Jangan Biar Anak Jadi Panjang Tangan!

[Copy link]
Post time 26-4-2018 05:15 PM | Show all posts |Read mode




Orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah cara mendidik anak-anak. Harus menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak dari kecil.



Walaupun sikap mengambil hak orang lain atau mengusik ada ketikanya hanya kerana mereka inginkan perhatian, ibu bapa perlu prihatin apabila melihat perilaku anak-anak yang mencurigakan.



Jadi, di sini terdapat beberapa kaedah untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang sikap tidak bermoral ini.





1. Terangkan dengan jelas kesalahan mencuri atau mengambil hak orang.






Ingatkan kepada mereka tentang hukuman oleh Tuhan dan pihak berkuasa apabila didapati mencuri.




2. Minta mereka pulangkan kembali barang yang telah diambil.


Foto: Talking to Toddlers



Ini untuk menyedarkan mereka bahawa barang milik orang lain tidak boleh diambil tanpa kebenaran.





3. Tunjuk semula aksi kehilangan barangan.


Foto: awkward.com



Lakon semula aksi kehilangan barang. Dengan cara ini, anak-anak akan memahami perasaan kehilangan barang dan bagaimana barang yang hilang itu amat berharga kepada mangsa.




4. Ajar anak memohon maaf kepada mangsa.


Foto: Family Education



Sekiranya barangan yang hilang boleh digantikan, arahkan anak untuk memohon maaf dan pulangkan barang tersebut kepada empunya. Jelaskan tentang kebaikan meminta maaf dan beritahu mereka jangan berasa malu untuk meminta maaf.




5. Hukum secara psikologi.


Foto: Mother Nature Network



Ini adalah cara halus yang boleh digunakan. Menghukum secara fizikal mungkin tidak dapat memberi iktibar kepada mereka. Sebagai contoh, ketika mereka meminta dibelikan permainan, cuba ingatkan tentang kejadian lalu sesekali supaya mereka faham kesan dan akibat perbuatan buruk mereka. Cara mengurangkan wang poket mereka juga boleh dipertimbangkan.



Jika anda memiliki kaedah lebih baik dan terbukti berjaya, marilah kongsikan bersama! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 05:21 PM | Show all posts
anak aku slalu kte hah..dh curi hp babah..
tah mane die blajo pon xtau..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak lelaki iols neh adoi la..payah btol nak.ikut kata..
Ckp elok udah..ckp.garang.pon.udah..
Cm.susah nak.mintak.maap kat kawan..
Nak tegur kawan.elok elok
Adoi...
Tp.curi ni so far dia x brani lg sebab iols.dh warning..
Riso juga kan.takut terbiasa smpi besor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list