Betullah apa yang diperkatakan orang ramai. Pilihan raya kali ini merupakan 'ibu' segala pilihan raya. Memang panas!
9 Mei semakin menghampiri dan rakyat jelata semakin berdebar-debar tidak senang duduk membuat kira-kira, siapakan bakal 'menaiki takhta' pemimpin negara seterusnya?
Dalam pada pelbagai kontroversi dan spekulasi membabitkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), harga minyak semasa juga tidak terkecuali daripada menjadi topik perdebatan di kalangan netizen.
Foto: FB Harga Minyak Semasa
Mana tidaknya, sudah enam minggu berturut-turut ianya diumumkan kekal menyebabkan rakyat tertanya-tanya 'apa yang sedang berlaku'?
Jika dilihat di mana-mana portal berita, mahupun laman sosial, isu ini memang menjadi antara topik hangat dibincangkan netizen.
Orang ramai mempertikaikan di manakah kebenarannya yang mengatakan kerajaan tiada kuasa menentukan harga minyak.
"Boleh pula harga minyak kekal? Mentang-mentang nak pilihan raya, takut rakyat marah ke?" komen netizen tidak puas hati.
Tiba-tiba, harga MINYAK DUNIA tak naik dan tak turun
Ramai netizen membuat spekulasi bahawa harga minyak selama ini sememangnya dikawal kerajaan memandangkan ia kekal selama enam minggu berturut-turut menjelang PRU-14.
Macam terhidu bau hancing! Betulkah rakyat Malaysia kena kencing!?
Mana pergi troopers yang selalu bawa formula kiraan minyak?
Sementara itu, segelintir netizen mengandaikan harga minyak kekal berikutan kesibukan menteri-menteri membuat persediaan menghadapi PRU.
"Sekarang, menteri dah tak fikir pasal minyak. Mereka sibuk fikir pasal nak menang saja," komen netizen.
Dalam masa sama, segelintir pihak menyimpulkan harga minyak bakal naik mendadak sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.
Foto: FB Siakap Keli
Nak dekat 9 Mei ini, semakin kerap berlaku tuding-menuding sesama sendiri. Apapun, kita tunggu keputusannya nanti! - CARI |