Siapa tidak kenal Dr Amalina Bakri, pelajar cemerlang dari Malaysia yang kini bertugas sebagai doktor di London. Amalina semakin menjadi perhatian kerana dia dilihat sebagai ikon dalam bidang kedoktoran oleh rakyat Malaysia kerana sering kali berkongsi informasi terutama berkaitan kesihatan kepada netizen.
Dia juga sering melayan netizen yang bertanya dan ingin berbual dengan jawapan sopan dan mesra. Sikap Amalina ini membuatkan ramai orang mengaguminya.
Bagaimanapun, sering mengemas kini status sedang bertugas jam 2 pagi dan pulang ke rumah lewat malam tidak menghalang doktor muda ini daripada bermadu kasih.
Foto: Twitter Dr. Amalina
Baru-baru ini, Amalina dilihat bergambar mesra dengan seorang lelaki menyebabkan pengikutnya bertanya siapa gerangan jejaka itu. Amalina tanpa berselindung mengakui bahawa dia merupakan kekasihnya. Sempat juga beberapa orang pengikutnya bergurau dengan Amalina tentang ketinggian kekasihnya.
Foto: IG Dr Amalina
Rata-rata memuji kecomelan pasangan itu kerana perbezaan ketinggian yang ketara serta ada juga yang mendoakan supaya Amalina cepat berkahwin.
Amalina sebelum ini pernah berkongsi mengenai kesukaran kekasihnya menginap di sebuah hotel berbentuk kapsul kerana tubuhnya yang tinggi lampai. Kelihatan seperti Amalina merindui kekasihnya ketika jejaka itu ke Tokyo kerana urusan perniagaan.
Wah, beruntung tuan punya badan. Sudahlah bijak, memiliki karier yang hebat, kekasih pula boleh tahan kacaknya! Semoga sampai ke jinjang pelamin hendaknya. - CARI |