"Kepada semua rakyat Johor, bangsa Johor, pilihan raya telahpun berlalu.
Saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana
rakyat hendakkan kerajaan yang baru."
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah menerusi laman Facebooknya supaya rakyat Johor menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sehubungan itu, baginda meminta supaya kerajaan baharu dibentuk serta merta tanpa berlengah lagi.
"Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan membuang masa lagi.
"Saya berharap Istana Negara hari ini juga melantik perdana menteri yang baharu kerana ini adalah kepentingan rakyat, bukan kepentingan saya ataupun individu," katanya.
Dalam masa sama, Sultan Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada semua parti yang mencapai sasaran mereka. - CARI |